Loading...
TR

'Malang PAS ada pemimpin cetek pemikiran' - Menteri Sarawak bidas kenyataan Presiden PAS



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, baru-baru ini menyelar mereka yang mendesak penguasaan Bahasa Inggeris sebagai masih tidur atau terperangkap dalam pemikiran zaman penjajah. 


"...kaki mereka berpijak di sini, tetapi roh mereka tersangkut dengan bekas penjajah yang telah memperhambakannya," dakwa pemimpin PAS itu. 


Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di Sarawak mengikut Perlembagaan Negeri. 


Menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, tampil membidas kenyataan Hadi dan melabelkan Ahli Parlimen Marang itu sebagai pemimpin yang mempunyai pemikiran cetek. 


"Begitu malang untuk PAS apabila mempunyai pemimpin yang cetek pemikiran. Pandai berbahasa Inggeris tidak bermaksud seseorang mempunyai pemikiran zaman penjajah. 


"Bahasa Arab bukan bahasa di rantau kita. Adakah belajar bahasa Arab bermakna kita mempunyai pemikiran penjajah? Tidak," kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). 


Abdul Karim yang juga menteri pelancangan dan anggota kanan dalam kerajaan Sarawak, menasihatkan Hadi untuk tidak terus menjadi katak di bawah tempurung yang merujuk kepada peribahasa Melayu yang mencerminkan mereka yang berfikiran jahil, tidak tahu hal yang berlaku di sekeliling mereka dan orang yang tidak mahu menerima pembaharuan ataupun ilmu yang baru. 


Jelasnya lagi, Islam menggalakkan umatnya menuntut seberapa banyak ilmu yang boleh dan kemahiran menggunakan pelbagai bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi lebih baik dengan seluruh dunia. 


Abdul Karim juga tidak terkejut dengan kenyataan Hadi itu kerana sebelum ini Presiden PAS itu pernah meremehkan kaum Dayak pada 2009 di mana dia mendakwa hanya orang Dayak yang masih bercawat mengundi Barisan Nasional (BN). 


Sumber: Free Malaysia Today, MalaysiaKini

About Cite Malaya

Powered by Blogger.