Loading...
TR

Peniaga ayam luah rasa rugi, alami kekurangan pelanggan 70% walaupun stok ayam dah banyak



Peniaga ayam di Kelantan mengakui pihaknya kini berdepan dengan masalah kekurangan pelanggan yang menurun 70 peratus walaupun bekalan ayam sudah pulih. 


Munsyi Mohamad Nuri, 33, berkata, jualannya merosot sejak isu kekurangan bekalan ayam yang melanda sejak bulan lalu dan kini dia hanya dapat menjual ayam kira-kira 30 ekor setiap hari Sabtu dan Ahad, manakala 50 hingga 60 ekor sahaja pada hari Jumaat. 


Jumlah itu katanya berkurangan berbanding sebelum ini di mana mereka mampu menjual lebih 100 ekor pada hari Jumaat. 


Munsyi tidak menolak perkara itu berlaku disebabkan orang ramai mula berjimat cermat dalam berbelanja ekoran harga barangan semakin meningkat," katanya yang ditemui di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa. 


Hal itu menyebabkan Munsyi terpaksa mencari jalan lain untuk menghabiskan jualan ayam miliknya dengan menghubungi pemilik-pemilik kedai makan untuk membeli ayamnya. 


Seorang lagi peniaga, Mohamad Safuan Mohamad Zain, 34, berkata, dia turut mengalami kemerosotan jualan disebabkan pelanggan berkurangan biarpun bekalan ayam sudah pulih sejak tiga minggu lalu. 


Walaupun dia mendapat bekalan ayam yang bersaiz besar, tetapi itu semua tidak bermakna kerana pelanggannya berkurangan. 


Sementara itu tinjuan di media sosial, majoriti netizen mengatakan apa yang berlaku itu adalah 'balasan' terhadap pihak peniaga yang didakwa menyembunyikan stok ayam. 


"Kitorang ikut nasihat menteri, ayam mahal maka kami berhenti makan ayam. Puasa je sekarang ni," kata Scarflicious. 


"Sorry, dah kurang makan ayam. Melampau sangat harganya. Lauk ayam kat kedai dengan nasi je dah jadi RM10," kata Swim. 


"Bila harga dah naik, banyak pula bekalan ayamnya ye? Orang dah pakat bela ayam sendiri, ikut saranan pak menteri," kata Cokoro. 


"2022, pengguna Malaysia tak bodoh macam dulu," kata Mojarean. 


"Bagus, inilah usaha kepandaian pengguna beramai-ramai. Kasi melingkup sebab harga sengaja mahal kan. Sorok lagi ayam, kau makanlah ayam sekali dengan tungking ayam sekali. Supply tinggi tapi demand kurang, harga pun jatuh le. Tunggulah lagi 3-4 bulan," kata Kamikup. 


Sumber: Sinar Harian, Forum Cari

About Cite Malaya

Powered by Blogger.