Loading...
TR

(Video) iPhone 11 yang baru dibeli terjatuh dari ketinggian 5,000 kaki


Seorang wanita kehilangan iPhone ketika terjun dari ketinggian lebih 5,000 kaki semasa melakukan aktiviti paragliding di pergunungan Perancis. 

Wanita yang berasal dari Amerika itu secara tidak sengaja menjatuhkan iPhone 11 barunya di Lake Annecy, Haute-Savoie, pada Rabu lalu. 

Video yang dirakam GoPro pengajarnya menunjukkan wanita terbabit terlepas pegangannya pada selfie stick dan hanya mampu melihat iPhonenya menjunam ke tasik. 

Sebelum itu, dia sedang merakam videonya sendiri sambil melihat keindahan kawasan pergunungan dan sesekali berkata, "Saya terbang!". 

Dia kemudian menggerakkan iPhone miliknya ke bahagian kanan, lalu terjatuh. Sehingga ke hari ini, telefon bimbitnya masih belum ditemui. 

Ini bukan kali pertama pelancong kehilangan iPhone semasa bercuti. September lalu seorang lelaki bernama Zhou, juga mengalami nasib yang sama. 

Beberapa bulan kemudian, Zhou menerima panggilan dari seorang nelayan yang mahu memulangkan semula telefon pintarnya.

"Saya tidak pernah menyangka akan menemui telefon itu lagi," katanya yang juga bersyukur dapat melihat semula gambar-gambar yang dirakamnya ketika melakukan aktiviti berkanu. 

Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.