Loading...
TR

Kes bunuh & gilis di stesen minyak, 3 lelaki dibebaskan kerana Video CCTV Kabur


Tiga lelaki yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi dalam kejadian tiga tahun lalu, dibebaskan Mahkamah Tinggi kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman berkata, terdapat beberapa alasan yang menyebabkan semua tertuduh, Gan Jia Ji, 22, Yip Kah Hou, 26, dan Woon Kian Hui, 25, dilepas dan dibebaskan. 

"Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini. 

"Bukti DNA yang diambil juga tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi. 

"Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan tertuduh untuk melakukan jenayah berkenaan," katanya dalam penghakiman kes tersebut. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Jia Ji, tertuduh pertama didakwa bersama lima suspek yang masih bebas melakukan kesalahan pembunuhan Tan Aik Chai, 44, pada jam 7.30 malam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember 2017. 

Jia Ji dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan sabit kesalahan boleh dihukum mati. 

Sementara itu, Kah Hou dan Kian Hui selaku tertuduh kedua dan ketiga didakwa bersama dua lagi yang masih bebas bersubahat dengan Jia Ji dan lima lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan itu di lokasi dan waktu yang sama. 




Mereka didakwa mengikut Skesyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang dengan Gan diwakili Datin S Freda, Che Azlin Farahannis Evani, Foo Fang Leong dan Veeranesh Babu. 

Yip pula diwakili oleh Chuah Shyne Chien, manakala Woon diwakili Ram Karpal Singh dan Harshaan Zamani. 

Sebanyak 22 saksi pendakwaan dipanggil dan 42 eksibit dikemukakan dalam perbicaraan yang dijalankan sejak tahun lalu. 

Sumber: Berita Harian

LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.