Loading...
TR

'Let's get this party started' - kata suspek sebelum lepaskan lebih 100 das tembakan ke arah jemaah masjid


Seorang lelaki merakam dirinya menembak jemaah Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand secara live di Facebook tengah hari tadi, lapor Daily Mail. 

Suspek yang dikenali sebagai Brenton Tarrant di Twitter, masuk ke masjid itu pada jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan) dan terus menembak jemaah yang ketika itu sedang bersedia untuk solat Jumaat. 

Video berdurasi 17 minit yang disiarkan di Facebook itu menunjukkan Tarrant melepaskan lebih dari 100 das tembakan di dalam masjid menyebabkan ramai yang maut dan cedera di tempat kejadian. 

Suspek memakai pakaian ala tentera lengkap dengan vest kalis peluru dan helmet serta membawa shotgun semi-automatik berkata, "Let's get this party started'. 

Suspek kemudian memandu keretanya ke masjid sebelum meletakkan kereta di ruangan parkir berhampiran masjid. 

Selepas mengambil senjata di dalam kereta, dia membuka pintu dan masuk ke masjid lalu melepaskan tembakan. Seorang jemaah yang cedera ditembak cuba merangkak keluar menyelamatkan diri, tetapi ditembak sekali lagi. 

Kedengaran suara mangsa merintih kesakitan. Suspek yang kehabisan peluru dengan perlahan mengisinya semula, lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa bagi memastikan mereka sudah tidak bernyawa. 

Suspek kemudian keluar dari masjid dan sempat menembak mati dua lagi mangsa sebelum masuk ke dalam kereta untuk menukar senjata. 

Suspek kembali ke dalam masjid dan berjalan di sekitar mayat mangsa dan dengan zalimnya menembak mereka di kepala. 

Setelah berpuas hati kesemua mangsa telah mati, suspek berlari keluar dan ternampak seorang wanita di perkarangan masjid lalu menjerit meminta tolong sebelum ditembak di bahagian kepalanya sebanyak dua kali. 

Suspek kembali ke kereta dan melanggar mayat mangsa tetapi berhenti untuk menembak seorang lagi mangsa melalui tingkap keretanya. 

Dalam masa yang sama, suspek meluahkan rasa kesal tidak dapat meluangkan lebih lama di masjid itu dan tidak sempat membakarnya menggunakan dua tong minyak yang dibawanya dalam kereta.

Berdasarkan manifesto yang dimuat naik oleh suspek jelas menunjukkan bahawa dia benci dengan umat Islam dan benci terhadap individu yang memeluk agama Islam selain digelarnya sebagai pengkhianat. 

BERITA BERKAITAN: 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.