Loading...
TR

(Video) Polis berjaya kepung, heret suspek keluar dari kereta selepas kejadian tembakan di masjid Christchurch


Beberapa anggota polis yang berani dijulang sebagai wira selepas menangkap suspek serangan di Masjid Al Noor di Christchurch, dari keretanya selepas suspek berjaya dikepung polis. 

Video yang dirakam oleh pengguna jalan raya itu menunjukkan kenderaan suspek telah dilanggar oleh kereta polis suspek telah dikepung dan diarahkan keluar dari kereta oleh seorang anggota polis sambil diawasi oleh rakan setugasnya. 

Anggota terbabit membuka pintu kereta dan mengheret keluar suspek yang memakai pakaian serba hitam sebelum dipukul.

Dalam perkembangan terkini, seorang wantia dan tiga lelaki telah ditahan susulan kejadian itu yang menyebabkan 40 terbunuh dan 20 lagi cedera. 

Terdahulu, suspek warga Australia, Brenton Tarrant, 28, merakam dirinya menembak jemaah masjid dengan senjata api yang dibawanya. 

Sebelum serangan itu, Tarrant memuat naik dokumen yang mempunyai 73 muka surat yang menjelaskan manifesto berhubung tindakannya itu di Twitter dan menganggap serangan itu sebagai serangan pengganas. 

Sementara itu, polis mengarahkan penduduk di kawasan sekitar tidak keluar dari rumah masing-masing dan melaporkan sebarang insiden yang mencurigakan kepada pihak polis. 

Polis juga menemui bom di dalam sebuah kereta di bandar itu tetapi pihak berkuasa telah menangani perkara tersebut. 

Selain itu, umat Islam di New Zealand dinasihatkan tidak pergi ke masjid untuk hari ini. 


Sumber: Daily Mail

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.