Loading...
TR

'Hello dik, lain kali jangan order MyCar, ingat I personal driver you?'


Tindakan seorang pemandu MyCar yang menyerang penumpangnya bukan sahaja mencemarkan perkhidmatan e-hailing itu, malah menyebabkan orang ramai mula berasa was-was mahu menggunakan perkhidmatan mereka. 

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita mendakwa pemandu MyCar tidak berpuas hati dengannya dan 'menyerangnya' melalui mesej. Lebih teruk lagi, lelaki itu mengugut mahu menularkan di media sosial mengenai wanita itu. 

Difahamkan, pemandu MyCar itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang meminta dia menghantarnya di blok bangunan kediamannya, bukan di tempat yang dimahukan oleh pemandu MyCar itu. 

"Tadi aku balik naik MyCar sebab Grab high fare dan lambat. Aku nak buka tingkap, dia tanya "Takut ke?", I said "Yes". Sebab apa? Sebab ada bad experience dengan teksi. Then I dapat ni:



"Rupanya dia marah sebab aku suruh dia masuk kat blok aku. Grab Car dan (pemandu) MyCar yang lain okey saja weh. Astaga pak," katanya. 











Mengulas mengenai dakwaan lelaki itu bekerja di sebuah portal media, pihak portal berkenaan tampil menafikan dan menjelaskan lelaki itu sudah tidak lagi berkhidmat dengan mereka. 



Susulan tweet itu viral, tampil pula seorang individu mendedahkan bahawa lelaki terbabit sebenarnya belum berkahwin. Sumber mendakwa lelaki itu pernah bekerja dengan portal berita tersebut tetapi sudah berhenti dan kini bekerja sepenuh masa dengan Grab Car dan MyCar. 




Golongan wanita yang mengalami situasi seperti ini adalah dinasihatkan membuat aduan terus kepada pihak perkhidmatan tersebut dan juga kepada Jabatan Pengangkutan Jalan agar siasatan dan tindakan dapat dilakukan terhadap pelaku berkenaan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.