Semalam ternampak post ni. Then ada orang post kat fb. Baca lah komen dari warga fb. Ya Allah 💔😔 pic.twitter.com/Mu0ttHrN2x— 𝙢𝙖𝙙𝙨𝙖𝙣 (@LutfaSM_3012) March 6, 2019
Ketika menyelusuri komen-komen warga netizen, ada dua komen yang menarik perhatian ramai. Ada yang bersetuju, ada juga yang sebalik. Tetapi tidak dinafikan bahawa penganiayaan seperti itu sememangnya berlaku.
Usahlah membabitkan bangsa dalam hal ini kerana perbuatan yang dilakukan itu adalah dilakukan oleh manusia atau individu, bukan semuanya bersikap zalim seperti itu. Baik Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa bumiputera lain, ada yang baik dan juga sebaliknya.
Dalam hal seperti ini, adalah penting untuk mendidik diri sendiri agar tidak diperdaya oleh golongan bertuhankan duit dan gemar mengambil kesempatan terhadap orang susah.