Loading...
TR

Ada individu hina agama Islam? WhatsApp segera ke hotline 010-3005260


Susulan individu menghina agama Islam semakin 'membiak' dan seolah-olah mencabar institusi agama Islam di negara ini, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah menubuhkan Unit Pemantauan Isu Hina Islam bagi memantau segala penulisan yang bersifat provokasi menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, unit baharu yang akan diselia oleh JAKIM itu akan melakukan pemantauan yang membabitkan semua platform media termasuk media sosial. 

"Saya juga sudah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010-3005260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my," katanya. 

Mujahid turut berharap semua pihak dapat bekerjasama bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara. 

Beliau juga percaya pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini dan pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam. 

"Negara kita mempunyai undang-undang, pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman setimpal," katanya. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.