"Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM itu berkata, PPIM mempunyai banyak biro dan wang yang diberikan itu adalah digunakan untuk membantu golongan pengguna.
"Yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita tidak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri, sukarelawan kami, kami hanya aktivis," katanya yang turut menyatakan beliau sendiri tidak berada di majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
"Jadi kadang-kadang kita lihat ada cyber-cybertrooper ini yang tiba-tiba menghentam kami dan mengatakan kami nak buat duit. Cuba beritahu kami, selama tujuh tahun saya kendalikan Unit Tindakan Khas PPIM, di mana yang mengatakan kami buat duit?
"Sebenarnya RM500,000 itu sikit. Patut bagi RM100 juta, RM200 juta barulah puas hati. Barulah saya boleh selesaikan semua masalah ahlong pengadu-pengadu saya.
"Jadi benda itu saya tak tahu. Tapi inshaAllah, ini saya pun janji saya tidak akan ambil RM1 pun dari peruntukan itu. Bukan sebab duit itu haram, tidak. Tetapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima. Yang patut terima duit itu mungkin tuan-tuan.
"Saya hari ini masih mampu bergerak walaupun tidak ada duit. InshaAllah. Tetapi kita tidak menafikan bahawa pengumuman itu dilakukan oleh TPM kita, itu kita ucapkan terima kasih.
"Saya ini, kasihan saya tuan-tuan. Di dalam Facebook sekarang ini semua cakap saya babi. Semua ingat saya ambil. Kalau saya nak ambil, dari (awal) join persatuan saya ambil. Boleh checklah, inshaAllah saya tak ambil.
"Tapi sekarang ini saya dah kena babi dan macam-macam. Saya doakan orang yang kata pada saya supaya ingatlah apa yang saya buat untuk rakyat. Janganlah tohmah saya babi dan sebagainya sebab saya ini orang biasa. Saya jadi sedih sebab saya tak ambil.
"Saya nak beritahu dan menjelaskan betul-betul. Kami ini bukan buat untuk tuan-tuan sokong kami. Kami buat untuk Allah dan Islam serta untuk tuan-tuan bersama kami sebab ramai lagi di luar sana yang ditindas dan memerlukan sokongan kita. Suara yang kami nak bawa adalah suara rakyat Malaysia.
"Jadi tuan-tuan, demi Allah kami ini susah, betul kami susah tetapi kami bukan orang yang meminta-minta dan saya bukanlah orang yang akan mengadaikan jiwa dan diri saya untuk rasuah. InshaAllah. Sebab saya yakin dengan Allah SWT punya pentadbiran daripada pemerintahan yang ada di Malaysia dan bumi Allah.
"Haih, tengah malam kena babi. Allahuakbar. Saya tak marah, cuma saya kasihan pada dia bila kata-kata dia yang begitu orang share," katanya.