Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Ariff Hirwant pada 1 November lalu viral di Twitter dengan begitu pantas dan kini telah diretweet lebih dari 15,000 kali.
"Seorang nenek yang tinggal seorang di tengah hutan tanpa bekalan elektrik dan air di Kampung Che Awas, Jerantut, Pahang. Anak dia seorang dah kahwin. Semenjak sudah berkahwin, langsung tak ada datang untuk tengok mak dia ini. Yang seorang lagi menetap di kawasan berhampiran tetapi barang bantuan nenek ini semua anak dia yang ambil.
"Cucunya hisap dadah tu barang nenek ini semua habis kena curi (seperti yang diceritakan nenek itu kepada Ariff). Di rumah nenek ini, anak dia seorang, cucu dia seorang. Masalahnya bila dah jadi viral, tiba-tiba yang call saya semua mengaku cucu kepada nenek ini.
"Alhamdulillah, setakat ini tenaga kerja tak perlu dirisaukan kerana kami ramai. Dari segi barang keperluan pun so far dah ramai juga yang bank in. Murah rezeki nenek ini.
Soalan dari Fatin Nuraiin: "Macam mana boleh tahu yang ada orang duduk di tengah-tengah hutan dan laluan nak masuk ke situ? Ada orang lapor eh? Hm, kesian gila makcik ni. Dia makan apa?"
"Info dari orang kampung. Makan nasi la (haha). Nenek ini selalu keluar bandar jalan kaki. Dia lari dari Indonesia, sejak dari zaman 1960 lagi dia dah duduk di situ. Dia tak nak duduk tempat lain, dia nak duduk tanah dia katanya.
"InshAllah segala sumbangan dari warga Twitter saya akan pastikan nenek ini cukup sumber dari segi makanan minuman dan rumahnya.
Soalan Milio: "Tak ada orang kampung tolong ke?"
"Orang kampung pun tak tahu di mana rumah dia. Orang kampung cuma tunjuk jalan yang dia selalu lalu. Then kitorang gamble saja sebab nampak laluan jalan kaki itu sampailah terjumpa rumah dia.
"Dia mandi menggunakan air tadahan. Elektrik memang tak ada. Dia guna pelita, takpun lilin. Umur dia dalam lingkungan 70/80 begitu," katanya.
Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, warga emas berkenaan dikenali sebagai Tuinah Da'an dan berusia 88 tahun.