Loading...
sk

Inilah Wajah Dan Identiti Sebenar Lelaki Bertopeng Hitam Di ASK2017! Anda Pasti Terkejut !!!

Inilah Wajah Dan Identiti Sebenar Lelaki Bertopeng Hitam Di ASK2017! Anda Pasti Terkejut !!! | SIAKAP KELL – Tampil dengan sut merah hitam dan mengenakan topeng muka, kelibat seorang artis lelaki ketika berlangsungnya Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) mencuri perhatian umum tidak kira di dalam dewan mahupun penonton di rumah.

 

Ketika menghadiri majlis penganugerahan tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat lalu, identiti artis lelaki berkenaan menjadi tanda tanya setiap empunya mata yang melihat kehadirannya.

Justeru, Utusan Online cuba mendapatkan kepastian gerangan di sebalik topeng hitam berkenaan dan akhirnya bertemu jawapan apabila pelakon tersebut membuat pengakuan di laman Instagram miliknya, @adam_shadan_.

Berkata kepada Pemberita, Adam Shadan, 26, yang pernah membintangi siri popular Titian Cinta menjelaskan, penampilannya sekadar memenuhi tema dan slogan ASK2017 iaitu glamor sekali gus mencipta fenomena.

“Maka, tercetuslah idea untuk berpakaian seumpama itu bermula dari karpet merah hinggalah ke penghujung majlis. Topeng itu saya buat sendiri untuk dipadankan dengan sut tajaan Taufik Idros Creation.

“Tidak sangka pula pada malam itu ramai yang mendekati bertanyakan nama saya. Malah, saya juga perasan beberapa kali kamera mengambil syot ke arah saya ketika berada di dalam dewan.

“Tiada niat pun untuk meraih publisiti murahan, cuma untuk suka-suka dan mengikut tema ditetapkan penganjur,” katanya yang penah berlakon dalam siri Encik Suami Mat Salih Celup dan Jojie Gigil itu.

Dalam perkembangan lain, Adam memberitahu, selepas ini dua buah drama lakonannya akan menemui penonton iaitu Jurnal Suraya dan Bilo Nogori Jupo Kelate di saluran TV3, manakala telefilem Sekolah Api di Astro Citra menerusi slot Karya 12.

Kredit : EBerita

The post Inilah Wajah Dan Identiti Sebenar Lelaki Bertopeng Hitam Di ASK2017! Anda Pasti Terkejut !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.