Loading...
TR

'3 perkara ini dia nasihatkan kepada saya masa awal mula bekerja'


Dahulu mereka pernah bekerja di satu syarikat yang sama, namun ketika itu individu bernama Farid ini bukanlah sesiapa, hanya Sales Executive biasa sahaja. Kata Ridzwan, Farid pernah memberi tiga nasihat kepadanya mengenai alam pekerjaan, namun tidak diendahkan sangat sehinggalah Farid sendiri membuktikan bahawa tiga perkara tersebut yang menyebabkan dia berada di kedudukannya hari ini. 

Nampak seperti menyusahkan, tetapi ada yang sudah mencuba dan mengakui tiga perkara ini terbukti benar dan mungkin golongan anak muda patut mencubanya. 

MASA saya mula kerja pertama selepas keluar universiti pada tahun 1990 adalah dengan Kodak Film di Petaling Jaya. Seorang sales executive di meja sebelah bertanya kepada saya. 

"Your first day ke?" 

"Yes, encik." jawab saya. 

"Tak payah panggil encik-encik, just call me Farid," katanya. 

Tiga perkara yang dia nasihatkan kepada saya:

1. Never stay loyal to any company unless that company belongs to your mother or your own company.

2. Always send you CV to other company every six months because you will increase your salary fast by jumping to another company rather than if you stay at one for years. 

3. Always remember people's face and keep their business card. Keep in touch with them always. You can never know a simple photocopy technician that service your office copy machine might one day become a CEO of a listed company or even a minister!

Pendekkan cerita, saya tak ikut apa yang dia nasihatkan. Hahaha! Bila pandang belakang, saya mendapati apa yang beliau nasihatkan dulu sejujurnya ada kebenaran.

Selepas setahun, kawan saya ini berhenti daripada Kodak Film dan berpindah ke beberapa syarikat lain. Dia orang biasa-biasa sahaja, bukan pun dari keluarga yang berada tetapi kali terakhir saya dengar dia dah jadi CEO TV3 dan selepas itu menjadi penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

The least I can say is, I once know this humble guy when he was a nobody. Nama dia, Dato' Ahmad Farid bin Ridzuan. 

Saya tak tahu di mana anda kini berada wahai kawanku, namun demikian saya mendoakan anda sihat dan sejahtera sentiasa. 

Bila saya ternampak artikel ini, saya teringat akan pesanan tuan. 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.