Loading...
TR

Baru bertunang 3 bulan dah curang sampai sanggup maki hamun tunang


Kata orang, dalam tempoh bertunang sememangnya banyak cabaran dan dugaan. Benda yang tak ada boleh jadi ada, dan pada masa itu juga akan terserlah sedikit perangai sebenar pasangan masing-masing. 

Kesemua itu berlaku untuk memberi peluang kepada anda melihat dengan mata apakah itu teman yang mahu dijadikan sebagai pasangan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Jika gagal menempuh dugaan, ternyata jangan diusahakan lagi dan lepaskan sahaja. Bimbang jika diteruskan, sesudah kahwin, perkara yang sama akan berulang. 

HI semua. Hari ini saya nak cerita tentang tunang kepada kakak saya yang berlaku curang. Kakak dan tunang dia sudah lama kenal, lebih kurang dua tahun. Mereka mula bertunang dari bulan Mei lalu. 

Sebelum bertunang, mereka sangat kerap berjumpa. Namun selepas tiga bulan kemudian, mereka jarang berjumpa kerana si lelaki dapat kerja di Kuala Lumpur, manakala kakak pula bekerja di Johor. Sengsara, kan? 

Selepas tiga bulan tak berjumpa, rupa-rupanya si lelaki itu dah ada perempuan lain. Kakak tak tahu semua itu sebab dia dah lama tak berjumpa dengan tunangnya. Nak berhubung pun susah sebab masing-masing sibuk dengan kerja. 

Ada seorang kawan kakak yang memang sudah lama kenal dengan tunang kakak. Dia juga menetap di Kuala Lumpur. Semasa kawan kakak datang ke Johor, dia berjumpa dengan kakak dan tanya tentang si tunang. Kakak terkejut apabila kawan tanya,

"Korang dah tak berhubung ke? Sebab tengok di akaun media sosial tunang kau tak ada pun gambar korang berdua. Tapi gambar dia dengan perempuan lain, ada," katanya. 

Kakak tak percaya sebab selama ini dia mengenali tunangnya adalah seorang lelaki yang setia. Selepas kawan menunjukkan gambar akaun media sosialnya, kakak terkejut dan terus ajak tunangnya berjumpa untuk meminta penjelasan.

Sebaliknya kakak ditengking oleh tunang sebab dia kata dia sibuk dan tidak dapat pergi ke mana-mana. Kakak menangis teruk sebab kena marah dalam phone. Kakak tetap ajak tunang berjumpa untuk tuntut penjelasan, tetapi lelaki itu menyalahkan kakak dan tuduh kakak curang bagai. 

Selepas itu, dia boleh selamba nak putuskan pertunangan. Lagilah kakak meraung dan terpaksa merayu dan memujuk lelaki itu. Tetapi lelaki itu tak nak layan segala pujuk rayu kakak.

Kakak pun pergi berjumpa dengan perempuan perampas itu. Perempuan itu merayu meminta maaf apa semua, tetapi kakak tak nak layan. Sumpah saya nak gelak tengok perempuan perampas itu. Selepas itu datang pulang tunang kakak lalu mempertahankan perempuan itu. Lelaki itu siap maki hamun kakak. 

Hancur luluh hati kakak disebabkan jantan tak guna itu. Lalu kakak pun pulang semula ke Johor, siap kemas barang dan balik ke rumah kami dalam keadaan menangis. 

Sebulan selepas kejadian, lelaki itu datang semula. Tetapi kakak memang dah tak nak berjumpa dengan dia lagi. Kasihan kakak saya, sampai sekarang dia masih hati kering sampai tak nak kenal lelaki langsung. 

Sumber: FeelingHabis

About Cite Malaya

Powered by Blogger.