Loading...
TR

Potongan pinjaman perumahan dikecualikan dari pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji penjawat awam


Bagi penjawat awam yang ingin membeli rumah, namun terbatas kerana bebanan hutang hampir atau sudah mencapai 60% dari gaji bulan, boleh menarik nafas lega hari ini. 

Melalui surat yang dikeluarkan pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam , Tan Sri Zainal Rahim Seman memaklumkan, potongan pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji pegawai. 

"Ini bermakna, pegawai layak memohon pinjaman perumah walaupun pengiraan potongan pinjaman perumahan menyebabkan pendapatan bersih (take home pay) kurang daripada 40%." kata kenyataan yang dikeluarkan semalam. 

Difahamkan, perlaksanaan pengecualian itu dibuat selepas disarankan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang menyarankan pengecualian itu diberikan kepada penjawat awam. 

Pengecualian itu dibuat bagi memastikan penjawat awam dapat memiliki rumah yang dianggap sebagai keperluan asas hidup. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.