Dalam rakan seangkatannya telah ramai beruman tangga, Ratu Cantik Malaysia 2008, Soo Wincci masih lagi dengan pendiriannya yang tidak mahu terburu-buru dalam mencari pasangan hidup.
Wincci menerusi portal Media Hiburan, mendedahkan bahawa dia kadang terasa sunyi kerana masih lagi solo.
“Sebenarnya perasaan saya pada suatu ketika saya memang sunyi. Tetapi sekarang bagi saya sesebuah perkahwinan itu semata-mata untuk berkahwin sahaja,” katanya.
Walau bagaimanapun, selebriti berusia 31 tahun ini mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih untuk menjadi solo buat masa sekarang.
Jelasnya, ramai dalam kalangan rakan-rakannya berdepan masalah dalam rumah tangga dan perkahwinan yang dibina tidak bahagia.
“Sebab banyak rakan kenalan saya mereka di Facebook nampak gembira namun realiti sebenar mereka menangis. Dan mereka tak sanggup hadapi masalah rumah tangga mereka.
“Jadi jangan terburu-buru sehinggalah sudah betul-betul bersedia. Sebagai contoh lagi, ramai kawan saya kahwin kerana dipaksa keluarga.
“Makanya jangan, kalau sudah jodoh sampai terimalah, jika sebaliknya biarlah lambat asalkan selamat,” jelasnya.
Secara tidak langsung pengalaman orang sekeliling turut memberi kesan kepadanya lalu mengambil langkah untuk ‘berhati-hati’ dalam memilih pasangan. Biarlah lambat asalkan selamat.
Apa pun, kami pasti peminat-peminat Wincci mendoakan yang terbaik buatnya dan berharap selebriti pujaan mereka ini berjaya menemui lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya.
The post Soo Wincci Akui Sunyi Hidup Solo appeared first on The Coverage Edisi BM.