Pelakon Sara Ali pada tahun lalu mengesahkan dia sudah berhijrah apabila mula bertudung setelah mendapat hidayah.
Terbaru, pelakon filem ‘Kami Histeria’ khabarnya kembali membuka tudung. Gosip muncul selepas sekeping gambar bersama seorang lelaki tengah bercuti di Shanghai, China baru-baru ini tersebar.
Menerusi gambar yang dimuat naik lelaki itu di laman instagram, Sara dilihat tidak mengenakan tudung sebaliknya memaparkan dirinya dengan rambut diikat.
Di instagram Sarah, pelakon itu telah memadam gambar imejnya yang berhijab suatu ketika dahulu.
Malah, dia juga jarang memuat naik gambar dirinya dan hanya berkongsi gambar pemandangan atau rakan-rakannya.
Diminta mengulas gosip itu, Sara bagaimanapun memilih enggan mengulas lanjut.
“Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak saya diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham,” katanya ringkas kepada BH Online.
Terbaharu, bintang itu ada memuat naik gambar seorang wanita tidak bertudung di meja makan tanpa memperlihatkan wajah wanita itu.
Bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti adakah itu Sara atau bukan.
The post Pelakon Sara Ali Buka Tudung? appeared first on The Coverage Edisi BM.