Loading...
TC

Polis Gagalkan Rompakan Bersenjata Di Dalam ‘Angkot’

JAKARTA, KOMPAS.com – Anggota polis, Aiptu Sunaryanto pada malam Ahad lalu berjaya mengagalkan rompakan yang disertai tebusan di dalam sebuah ‘angkot’ atau kereta sewa di laluan Rawamangun-Pulogadung.

Suspek Abdullah, memaksa dan mendesak Risma Oktaviani, 25 yang tengah menggendong anaknya DI, 1.

Memetik portal berita Kompas, Sunaryanto telah menceritakan kejadian malam tersebut. Dia berkata, dia sedang melintas di Jalan I Gusti Ngurah Rai, Jakarta Timur dari rumahnya di kawasan Bekasi, Jawa Barat, pada kira-kira pukul 19.00 malam. Setibanya di jalan tersebut, dia melihat seorang ibu melompat keluar dari dalam sebuah angkot dan meminta pertolongan.

Naluri polisnya muncul ketika melihat perkara tersebut. Dia menghentikan kenderaan dan memarkirkannya. Si ibu yang baru saja melompat dari angkot itu menyatakan bahawa ada rompakan. Seorang perempuan dan buah hatinya dijadikan sebagai tebusan di angkot itu.

Teriakan ibu tersebut mengundang perhatian lalu lalang. Mereka berkerumun datang ke lokasi dan mengepung angkot itu.

Sunaryanto kemudian mendekati ke pintu angkot dan cuba berunding dengan suspek agar melepaskan korban.

“Suspek terkejut melihat saya, mungkin dia tahu saya polis disebabkan saya memakai jaket polis. Saya berunding dengannya secara perlahan-lahan, ‘Abang nak apa, sini saya bantu’. Suspek membalas ‘Kau diam’. Dia mengutuk-gutuk saya,” ujar Sunaryanto.

Bukannya berlembut, Abdullah malah semakin meradang. Dia mengancam akan membunuh Risma dan anaknya jika permintaannya tidak dituruti.

Berkata kepada Sunaryanto, Abdullah meminta agar angkot tersebut agar meninggalkan lokasi. Namun, pada ketika itu, pemandu beserta penumpang yang berada di kerusi depan sudah melarikan diri.

“Saya pujuk biar dia lepaskan ibu dan anaknya, biar saya jadi ganti. Saya katakan juga kepada dia bahawa saya jamin jika korban dilepaskan, dia tidak akan diapa-apakan,” tutur Sunaryanto.

Namun, pujuk rayu Sunaryanto tak mampu melunakkan hati Abdullah. Dia terus mengancam akan membunuh mangsa jika permintaannya tidak dipenuhi.

Dikirim oleh Serly Selly pada 9 April 2017

Dia kata ‘Kalau tembak saya, saya mati bersama anak dan ibunya’ sambil pisau diarah kepada anaknya. Ibunya menangis meminta tolong anaknya diselamatkan,” kata Sunaryanto.

Suasana makin mencekam. Risma menangis semahu-mahunya kerana melihat anaknya diacukan dengan pisau oleh Abdullah. Orang ramai pula semakin ramai mengerumuni angkot tersebut.

Sunaryanto cuba menenangkan suspek agar tidak melakukan perkara nekad. Dia mengangkat tangannya dengan maksud agar Abdullah tahu bahawa dia tidak bersenjata. Padahal, senjata api Sunaryanto sejak awal disembunyikan di tangga pintu angkot tersebut.

Agar suspek lebih tenang, Sunaryanto memerintahkan semua orang jauhkan diri dari tempat kejadian. Namun, apabila melihat Sunaryanto mahu mengambil senjata apinya, orang ramai kembali mengerumun. Sunaryanto tidak jadi menembak suspek.

Suspek semakin panik melihat orang ramai kembali menghampiri dan meminta agar dibawa pergi dari lokasi tersebut.

“Suspek meminta dibawa jauh dari tempat kejadian. Dia minta dibawa ke tol,” kata Sunaryanto.

Sunaryanto cuba tenang agar dapat berfikir. Dia akhirnya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya dan memberikannya kepada seseorang berdekatannya.

Sunaryanto meminta agar aksinya dirakamkan. Ini bertujuan agar dapat menjadi bukti jika perkara yang tidak diingini berlaku. Sunaryanto juga ragu untuk menembak suspek kerana takut salah sasaran.

“Saya lillahi ta’ala saja, saya baca selawat, ketika dia lengah, saya tembak,” katanya dia.

Setelah ditembak di lengan kanannya, pisau yang dipegang Abdullah erlepas. Dengan cepat, Sunaryanto menahan Abdullah dan membuang pisau.

Namun, kerana aksi Sunaryanto, Risma dan bayinya tersepit. Polis itu akhirnya meminta orang ramai mengeluarkan Risma dan anaknya. Setelah mangsa diselamatkan, orang ramai mula marah.

Orang ramai terus merusuh masuk ke dalam angkot untuk menghakimi Abdullah. Sunaryanto memeluk Abdullah agar tidak terkena amukan orang ramai. Tak lama selepas itu, pasukan polis datang ke lokasi dan meminta orang ramai keluar dari situ.

“Pada awalnya polis meminta suspek dikeluarkan. Saya kata kalau dikeluarkan nanti diamuk orang ramai. Akhirnya angkot itu ditolak dengan dibantu orang ramai ke balai polis kerana jaraknya tidak jauh,” ujar Sunaryanto.

Angkot tersebut terpaksa ditolak kerana kuncinya dibawa oleh pemandu yang lari menyelamatkan diri. Orang ramai akhirnya mahu mahu membantu menolak angkot itu sampai Balai Polis Buaran yang tak jauh dari lokasi.

Sesampainya di sana, dua penumpang angkot yang sempat melarikan diri berada di situ untuk membuat laporan.

Suspek ditahan dan dihantar ke RS Polri Kramatjati, Jakarta Timur.

The post Polis Gagalkan Rompakan Bersenjata Di Dalam ‘Angkot’ appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.