Tiada Lelaki Mampu Mencintai Seorang Wanita Sehebat Cinta Dari AYAHnya !!!| Kelembutan dan keakraban ibu dengan anak perempuan memang memperlihatkan betapa memahaminya ibu dengan karenah anak-anak. Bagaimana pula layanan si ayah kepada anak perempuan sehingga anak perempuan merasakan ayahnya merupakan ‘kekasih’ pertama buat mereka? Sebab itulah, ramai perempuan yang inginkan lelaki seperti ayah mereka untuk dijadikan suami. Beberapa perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh nafikan.
1. Seorang ayah, biasanya kelihatan lebih garang dan tegas berbanding ibu. Kebiasaannya anak-anak juga lebih takut akan ayah mereka berbanding ibu. Namun, di sebalik karektor ayah yang tegas tetap terselit kelembutan yang tersendiri terutama terhadap anak perempuannya.
2. Keprihatinan ayah yang tersembunyi di sebalik ketegasaannya kadang kala melebihi kelembutan hati seorang ibu. Tanpa disangka rupanya hati ayah lebih mudah terusik jika ia melibatkan hal berkenaan anak perempuannya.
3. Kelebihan ayah dalam mendidik anak-anak sudah tentu dalam aspek ketegasan yang dimiliki. Oleh kerana anak-anak sudah biasa dengan ketegasan ayah, kata-katanya mudah dituruti dan dipatuhi tanpa sebarang kompromi.
4. Keprihatinan ayah apabila melibatkan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya memang boleh dikatakan agak ‘keterlaluan’ tetapi sebenarnya dia hanya ingin anak perempuannya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa.
5. Ayah adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati setiap anak perempuan. Anak mengenali karektor dan sikap seorang lelaki daripada ayah sebab itu seorang ayah seboleh mungkin cuba menonjolkan dirinya sebagai lelaki yang gentlemen, pelindung, prihatin, penyayang dan tegas.
Percayalah, seorang ayah akan lebih mudah berasa kasihan jika nak perempuannya ditimpa masalah. Malah dialah yang lebih memberi keyakinan dan semangat kepada anak dengan caranya yang tersendiri. Paling penting! Hanya ayah sahaja akan menjadi lelaki yang boleh dipercayai oleh anak perempuan sampai akhir hayat mereka.
Sumber: Kakishare