Loading...
Esensasi

Selepas Kematian Kim Jong-Nam. Akhirnya TERBONGKAR Siapa SEBENARNYA Jong-Nam & Kenapa Dia Di Bunuh !!!

Selepas Kematian Kim Jong-Nam. Akhirnya TERBONGKAR Siapa SEBENARNYA Jong-Nam & Kenapa Dia Di Bunuh !!! | Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tangat Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki warga Korea Utara itu yang menggunakan nama, Kim Chol, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Mangsa dikatakan mendapatkan bantuan petugas lapangan terbang KLIA2 sebelum rebah secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, rangkaian televisyen Korea Utara, TV Chosun melaporkan, Jong Nam dipercayai diracun oleh dua wanita dipercayai warga negara itu yang ketika ini sedang menjadi buruan polis.

Siapa Kim Jong-Nam?

Kim Jong-nam pernah dianggap pengganti Kim Jong-il, namun diketepikan selepas ditahan di Lapangan Terbang Narita, Tokyo, pada 2001 kerana cuba memasuki Jepun menggunakan pasport palsu Republik Dominican.

Beliau memberitahu mahu melawat Disneyland bersama keluarganya.

Menurut Telegraph, Kejadian itu menyebabkan beliau diusir bapanya dan tinggal dalam buangan di Macau sehingga Kim Jong-il meninggal dunia pada 2011. Sejak itu Jong-nam menyembunyikan diri, bimbangkan adik tirinya akan menganggap beliau sebagai ancaman sebagai pewaris rejim.

Namun menurut laporan akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo, Jong-nam pernah bekerja dengan Kementerian Luar, termasuk menyelesaikan pertelingkahan dengan Jepun – tugas yang diberi sendiri oleh adik tirinya.

Tindakan Jong-un memanggil abang tirinya pulang ke Pyongyang itu dianggap penganalisis sebagai jaminan keselamatan agar Jong-nam boleh diawasi sepanjang masa.

“Jong-un memanggil Jong-nam balik ke Pyongyang dan memberinya tugas kerana dia sendiri masih belum kukuh dan bimbang ada pihak mungkin menyokong abang tirinya supaya menuntut ‘takhta’,” kata Profesor di Universiti Waseda, Tokyo, Toshimitsu Shigemura kepada Telegraph pada 2015.

Menurutnya, China juga bekemungkinan menyokong Jong-nam sebagai pemimpin pilihan.

Kenapa Kim Jong-nam dibunuh?

Jika kematian Kim Jong-nam dibunuh atas arahan adik tirinya ia bukan kejadian pertama kali.

Pada 2015, Daily Mail melaporkan pengintip Korea Utara cuba membunuh Jong-nam di Macau pada 2011.

Tembak menembak berlaku dengan pengawal peribadi Jong-nam namun beliau berjaya menyelamatkan diri.

Dalam temuramah pada 2010, Jong-nam berkata, dia tidak berhasrat menuntut jawatan pemimpin Korea Utara daripada adik tirinya.

“Saya berharap adik saya akan melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat Korea Utara,” katanya kepada stesen televisyen Jepun, Asahi.

Berapa banyak arahan bunuh oleh Kim Jong-un?

Tiada statistik tepat pernah diumumkan mengenai jumlah rakyat Korea Utara dihukum bunuh namun laporan Institut Keselamatan Negara Korea Selatan pada 2016 mendakwa Jong-un mengarahkan sehingga 340 pembunuhan sejak mula berkuasa pada Disember 2011.

Kesedian rejim Korea Utara untuk membunuh siapa saja yang dianggap tidak setia ditunjukkan melalui saiz kubur besar yang ditemui melalui imej satelit tahun lalu.

Cara pembunuhan pula pelbagai dengan sesetengahnya amat kejam, bergantung kepada tahap kebencian Jong-un – paling ringan ditembak dengan satu peluru atau cara lain, termasuk ditembak dengan meriam anti-pesawat.

Ada yang dibakar menggunakan penyembur api atau diletupkan dengan peluru mortar.

Antara pegawai kanan regim yang dihukum bunuh ialah bapa saudara diktator itu, Jang Song-thaek yang dibunuh pada 2013 selepas didapati bersalah melakukan jenayah terhadap negara, termasuk mencemarkan parti dan ‘mengimpikan impian berbeza’.

“Kim Jong-un dan ejennya sudah beberapa kali cuba meracun Jong-nam,” kata Jihyun Park, rakyat Korea Utara yang berpaling tadah dan kini tinggal di Manchester.

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Selepas Kematian Kim Jong-Nam. Akhirnya TERBONGKAR Siapa SEBENARNYA Jong-Nam & Kenapa Dia Di Bunuh !!! appeared first on EKSIDENZ.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.