Loading...
Cite Malaya

'Korang berniaga air, aku berniaga air, apa cite?!' - Lelaki berang, dakwa mangsa ganggu perniagaan mereka


KUALA LUMPUR - "Kau panggil boss kau sini. Kau senyum pahal?! Aku rogol kau sini, kang!" demikian ugutan seorang lelaki yang berang dengan dua individu yang turut berniaga air di kawasan yang sama.

Dalam video viral yang tidak dinyatakan tarikh dan lokasi kejadian itu, lelaki itu dilihat tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwanya telah menganggu perniagaan mereka, Goreng Pisang Kak Ten.

"Korang berniaga air, aku berniaga air, apa cite? Korang baru, masuk tempat kitorang, salam pun tak bagi. Bagi salam dulu la wei! Tak ada adab? Pakai tudung? Bur*t korang pakai tudung. Lanj*ao!" kata lelaki itu yang gagal mengawal kemarahannya sebelum ditenangkan oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.


Melayu kalau tak gaduh pasal meniaga memang tak sah. Engkau tengok sendiri lah ni. Follow kawan abahkau ni.
Posted by Kawan AbahKau on Tuesday, 14 February 2017

Menurut wanita berkenaan, dia pernah 'menegur' mangsa agar tidak berniaga benda yang sama sebelum ini.

Sementara itu di media sosial, netizen kesal dengan tindakan lelaki berkenaan yang memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa.

Bagi netizen, tiada salahnya untuk berniaga benda atau produk yang sama kerana rezeki Allah yang menentukannya.

"Berniaga kecil-kecilan pun nak bergaduh. Yang paling malu lelaki itu tak ada maruah langsung. Ingat dunia ini tempat dia seorang saja, kawasan dia seorang saja untuk berniaga? Mulut kencang mengalahkan perempuan," kata Mastura Mas.

Mangsa hanya mendiamkan diri dimarahi lelaki berkenaan | Foto - Video viral
"Persaingan dalam perniagaan saja pun. Tak reti berniaga ke? Kalau takut dengan persaingan, tak payah berniaga," kata Safian Yusin.

Justeru netizen menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana lelaki terbabit telah mengugut mahu merogolnya. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.