Loading...
gengsensasi

Nak Jaga Kesihatan Tulang, Tapi Tak Suka Minum Susu? Cuba Buah Ni


Kajian terbaharu dari Florida State University mengesyorkan prune dijadikan makanan untuk mengelakkan masalah tulang dan osteroporosis terutama di kalangan wanita yang telah menopaus.

Prune bukan sahaja sangat baik untuk tulang, ia juga mampu membekalkan serat yang menurunkan kolesterol, merendahkan risiko diabetes dan membantu menurunkan berat badan. 

Malah, prune sangat baik sebagai sumber tenaga, mengandungi pottasium dan antioksidan yang membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. 

Malah, ia dikatakan mampu menjadi alternatif kepada rawatan yang menggunakan ubat-ubatan buat wanita 50 tahun ke atas yang menderita osteoporosis. 

Ini kerana prune mengandungi sumber phenoic dan juga flavonoid yang bertindak melawan masalah tulang secara berkesan dan semula jadi. 

Mendengarkan berita ini pastinya membuatkan anda boleh menarik nafas lega kerana mendapatkan buah prune bukan masalah pun di sekitar kita kan? Jom amalkan buah tersebut mulai hari ini!


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.