Loading...
Cite Malaya

Kol 2 Pagi Di Asrama UITM. Aku Dah Tak Tahan Terus Gi Toilet Walau TAKUT Sebelum Tiba2…..

Kol 2 Pagi Di Asrama UITM. Aku Dah Tak Tahan Terus Gi Toilet Walau TAKUT Sebelum Tiba2….. | Salam semua. Nama aku Suraya. Dari kecil sampai besar, aku pernah beberapa kali mengalami kes-kes gangguan mistik. Aku bersyukur aku bukanlah seperti mereka yang hijabnya terbuka dan boleh nampak pada bila-bila masa. Kadang-kadang sahaja aku akan nampak, dan selalunya aku diganggu dengan bunyi-bunyian ataupun merasa tidak sedap hati sebelum ada orang di sekelilingku yang kena gangguan.

Aku masa diploma di UiTM dulu pernah duduk kolej asrama. Blok aku jenis 4 orang sebilik. Tandas asrama jenis memanjang, dan bila pusing dari koridor, ada walkway tengah-tengah dan ada 1 tandas di bahagian kiri, dan 1 tandas di bahagian kanan. Setiap 1 tandas ni ada 4 jamban, 4 shower rooms, dan bahagian tengah tandas ada sinki dan tempat basuh baju. Memang besar. Boleh imagine tak? Kira kalau pegi tandas kiri ramai orang, senang je la jalan ke tandas kanan pulak nak tengok ada kosong ke tak.
Ada satu semester ni aku kerap insomnia, so aku hanya akan pegi tandas bahagian kiri sebelum aku tidur pada jam 2 pagi. Mula-mula aku cuak jugak, tapi sebab kadang-kadang aku nampak budak-budak perempuan bergayut tepi balkoni yang dekat dengan toilet, aku rasa kurang sikit seram. Lepas tu selalunya aku akan dengar orang menyanyi-nyanyi masa aku sorang-sorang kat tandas, mungkin dari bilik yang berhampiran atau koridor.
Tapi satu malam ni, sebelum aku keluar ke tandas lagi aku rasa takut sangat. Aku nak cancel tapi habitku adalah membuang air kecil sebelum tidur sebab risau terbangun nak cari tandas. Nak tak nak, aku terpaksa jugak ke tandas pukul 2 pagi macam biasa.
Dari dalam bilik lagi aku dah start ulang-ulang baca ayat kursi sampai ke tandas. Secara kebetulan, minggu tu tandas belah kiri yang aku slalu pegi tu blackout, so aku pegi tandas belah kanan je. Memang rasa meremang seperti diperhati, tak macam biasa. Aku terus gosok gigi, basuh muka dan ke jamban laju-laju. Bila luar tandas je, terus sambung baca ayat qursi sampai masuk bilik sehinggalah aku tertidur. Esok pagi bila aku buka pintu, kawanku Milah yang tinggal di bilik berhampiran tandas terus lari peluk aku dengan gaya dramatik. Aku yang terpinga-pinga pun tanyalah, “Awak kenapa?”.
Dia cerita kat aku yang malam semalam ada ponti yang datang kacau dia di bilik dia. Mula-mula di katil yang tak bertuan (kawan aku selalu tinggal sorang-sorang, sebab kawan sebilik dia selalu balik rumah abang, dan lagi 2 katil memang takde orang). Dan makin lama makin dekat dengan dia, sampai ke katil dia.. dia selalu gak kena hantar benda sebab mak dia orang bisnes, so kalau orang dengki akan hantar ke family dia.
Aku tanya pukul berapa tu? Kawan aku cakap pukul 2 pagi.. Aku terus cakap, “Lah, patutlah kite pun rasa lain macam semalam. Kite kena lalu bilik awak nak pegi tandas, and tandas tu pun sebelah bilik awak je”.
Kawan-kawan aku pun marah aku kenapa aku pegi tandas pukul 2 pagi.
Aku pun cuba defend diri aku dan terangkan kepada mereka yang kadang-kadang ada orang gayut, pastu selalunya ada orang tak tidur lagi sebab aku dengar orang nyanyi-nyanyi.
Mereka semua terdiam. Lepas tu sorang kawan aku tanya, “Awak tak pernah dengar pasal hantu menyanyi tu ke?”.
Erk.
Tapi honestly, walaupun hantu menyanyi tu kacau, seram dia lain dengan ponti yang dihantar ke kawan aku tu. Mungkin pangkat lagi tinggi kot. Kredit Suraya via FiksyenSyaya.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.