Loading...
Cite Malaya

Anak Kecil Disimbah Asid, Inilah Punca Sebenar Buat Ramai Marah !!!

Anak Kecil Disimbah Asid, Inilah Punca Sebenar Buat Ramai Marah !!! |Karena dendam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi mangsa apabila muka dicurah dengan asid oleh seorang lelaki. Kanak-kanak berkenaan, Aditya Raj kini mengalami kecederaan dengan mukanya melecur dan berisiko kehilangan sebelah mata.
Dikutip dari portal mynewshub.cc ,Dia telah diculik oleh Mangal, 27, dari rumah mereka di New Delhi. Mangal berbuat demikian kerana marah selepas ibu Aditya, Soni Prasad, 25, enggan berkahwin dengannya.
Meskipun mengetahui Soni sudah berkahwin, namun Mangal tidak berputus asa dan tetap memujuk wanita itu melarikan diri dengannya.
Soni yang bosan dengan keadaan itu telah memaklumkan kepada suaminya, Jamna dan mereka telah berpindah ke tempat lain. Soni menyangka dengan berbuat demikian, Mangal akan berputus asa namun sangkaannya meleset apabila lelaki itu menculik Aditya.
Aditya hanya ditemui keesokan harinya di tepi jalan.
“Anak saya ditemui di tepi jalan sambil menjerit kesakitan kerana mukanya dicurahkan asid. Dia dimasukkan ke unit kebakaran di hospital.
“Disebabkan keadaannya itu, Aditya memerlukan pembedahan,’’ kata Soni yang masih belum melawat anaknya di hospital kerana tidak sampai hati melihat penderitaan yang ditanggung kanak-kanak itu.
Soni juga kini sedang mengandung lapan bulan. Mangal telah ditangkap dan dia juga dikehendaki oleh polis atas tuduhan lain.
Sumber: BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.