Loading...
TR

(Video) 4 lelaki samun dan cabul pekerja hotel


Polis kini sedang memburu empat suspek yang terlibat dalam kes samun hotel di Ayer Hitam, Batu Pahat dalam kejadian jam 5.45 pagi, Rabu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Razali Mohd Tahir berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan mengesan kesemua suspek.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut tersebar di media sosial. 

Lapor Harian Metro, mangsa pada awalnya beranggapan suspek mahu menginap di hotel lalu membuka pintu utama yang dikunci secara automatik itu. 

Suspek kemudian mengacukan parang ke arah mangsa, menertap rantai di leher dan gelang emas milik mangsa. 

Tidak lama selepas itu, dua lagi rakan suspek masuk ke dalam untuk menyamun mangsa, sementara seorang lagi suspek menunggu di luar hotel. 

"Barang yang dilarikan keempat suspek berkenaan termasuk motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru, sebuah televisyen LCD 32 inci jenama Sharp serta wang tunai RM350. 

"Salah seorang suspek turut mencabul mangsa sebelum melarikan diri," katanya. 



Ketika kejadian itu, seorang lagi kakitangan lelaki berada di bahagian belakang tetapi tidak dapat bertindak kerana diugut oleh suspek. 

Polis percaya kesemua suspek masih berada di daerah Batu Pahat dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.