8 sudah tampil beri keterangan

loading...

IPOH - Sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda 'IPOH' beberapa hari yang lalu sudah tampil memberikan keterangan kepada pihak polis, pagi tadi. 

Lapor Harian Metro, lapan individu yang terlibat tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, jam 10 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung tindakan berani mati yang dilakukan mereka itu. 

"Kesemua mereka diambil keterangan dan setakat ini, lapan individu yang tampil," kata sumber kumpulan berkenaan. 

Pihak polis semalam meminta kesemua individu yang terlibat dalam aktiviti yang tidak mendapat kebenaran dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 

Susulan kejadian itu juga, MBI telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan diri atau atau orang lain. - The Reporter

Artikel berkaitan:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close