Suami belasah & kencing isteri hamil 3 bulan

loading...

KULIM - Seorang isteri yang hamil tiga bulan dibelasah dan dikencing suaminya gara-gara menegur lelaki itu tidak membelikan makanan, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian di kediaman pasangan berkenaan, suspek berusia 34 tahun melakukan perbuatan kejam itu pada malam Selasa lalu dan mengheret mangsa ke luar jalan raya pada keesokan harinya. 

"Pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahan lalu menarik rambut isteri dan menendang perutnya menyebabkan mangsa mengerang kesakitan. 

"Tidak cukup dengan itu, suspek memukul isterinya beberapa minit menyebabkan wanita itu sukar bernafas," lapor akhbar itu memetik sumber. 

Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek sekali lagi mengamuk dan membelasah mangsa pada hari berkutnya serta mengheretnya ke luar rumah sehingga ke jalan raya. 

"Lebih teruk lagi, suspek tergamak kencing ke badan isterinya dan mengheret mangsa ke luar rumah. 

"Mangsa cuba merayu namun tidak diendahkan oleh suspek yang terus memukulnya selama beberapa minit sebelum beredar," katanya. 

Mangsa yang serang dipukul suaminya itu akhirnya nekad membuat laporan polis selepas kejadian tersebut. 

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. - The Reporter

Sumber: Harian Metro, The Malay Mail

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close