Loading...
gengsensasi

Lagi seorang tak sayang nyawa...


IPOH - Belum reda kes mercu tanda 'IPOH' dipanjat sekumpulan anak muda, heboh pula di media sosial satu kejadian yang sama membabitkan seorang lelaki memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di bandar Ipoh, lapor Harian Metro

Video berdurasi 1 minit 22 saat itu viral di media sosial hari ini, menunjukkan seorang lelaki memanjat sebuah kren sebelum merakam gambar selfie di atas jentera berkenaan. 


Posted by Nur Fitri Damia on Monday, 2 January 2017

Ekoran dari tindakan lelaki yang tidak diketahui identitinya itu, syarikat pembinaan tapak berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Bharu, jam 10 pagi tadi. 

Pengurus Besar Syarikat Sycal Berhad, Mohd Pauzi Mad Isa berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat kren di kawasan tapak pembinaannya. 



"Tindakan lelaki berkenaan adalah menyalahi undang-undang kerana menceroboh kawasan pembinaan tanpa kebenaran. Kami serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

"Dalam masa yang sama, kami akan menyiasat bagaimana lelaki terbabit boleh memasuki kawasan pembinaan sedangkan ia dikawal oleh pengawal keselamatan," katanya. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.