Loading...
TR

'Pernah dianiaya oleh kuasa 'halimunan' kerana enggan bersekongkol dengan perompak negara' - Ini kisah bakal KPN baharu yang korang perlu tahu


KENALI KETUA POLIS NEGARA (KPN) YANG BAHARU

Ini kisah Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang dicabar ketaatsetiaannya kepada negara dan rakyat, tetapi memilih untuk menegakkan kebenaran meskipun perlu menanggung risiko dan ancaman dari kuasa-kuasa 'halimunan'


1. Abdul Hamid Bador pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) pada sekitar tahun 2015. Kerana enggan bersekongkol dengan perompak, Hamid menjadi satu-satunya pegawai polis berpangkat tinggi yang memberanikan diri ke depan mendedahkn kepincangan dalam 1MDB.

2. Kuasa-kuasa halimunan pada ketika itu telah mengarah Hamid untuk meminta Tun menghentikn serangan terbuka terhadap Najib. Beliau juga dipaksa memfitnah Tun, dengan membuat pertuduhan kononnya Tun bersekongkol dengan Sarawak Report untuk memalsukan dokumen-dokumen 1MDB.

Hamid menolak arahan-arahan tersebut, kerana enggan bersekongkol dengan kuasa-kuasa halimunan yang ingin menutup skandal 1MDB.


3. Hasilnya, Hamid dipancung dan dipindah dari unit SB PDRM ke JPM pada Ogos 2015. Tindakan tersebut dibuat secara tiba-tiba, sebagai 'hukuman' kuasa-kuasa halimunan terhadap anggota-anggota polis dan penguatkuasa yang enggan menjadi Pak Turut.


4. Hamid kemudiannya dalam sebuah surat terbuka, menyuarakan kekecewaannya terhadap penjawat-penjawat awam tertinggi yang rela dijadikan perisai untuk mempertahankan dalang-dalang skandal 1MDB. Antara penjawat-penjawat awam yang disebut:
  • Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
  • Apandi Ali, Peguam Negara
  • Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara




5. Susulan pendedahan Hamid, beliau diberi surat tunjuk sebab.

Begitulah balasan yang diterima oleh penjawat-penjawat awam dan penguatkuasa undang-undang yang enggan bersekongkol dengan kuasa-kuasa halimunan ketika UMNO berkuasa.


6. Sudah tentu, kuasa-kuasa halimunan tidak akan mendiamkan diri, memandangkan muslihat dan konspirasi jahat mereka telah dibongkar. Maka Hamid mnjadi sasaran serangan tentera siber kuasa-kuasa halimunan. Dari orang nombor dua unit Cawangan Khas PDRM, nama baik beliau dicemarkan, dan beliau dijadikan 'musuh negara'.

7. Hampir 3 tahun Hamid diaibkan, dianiayai, dicaci maki dan diancam. Anak-anak buah beliau meninggalkannya, beliau menerima ancaman bunuh, media yang dikawal kuasa-kuasa halimun memburuk-burukkan dan mengaibkannya. Kerjayanya 'berakhir' begitu sahaja, kerana beliau memilih untuk menegakkan kebenaran.


8. Setibanya 9 Mei 2018, kuasa-kuasa halimunan ditendang dari Putrajaya. Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pusat pentadbiran. Antara perkara-perkara terawal yang dilakukan oleh kerajaan baharu adalah untuk menyambung perkhidmatan penjawat-penjawat awam berintegriti yang telah dianiayai di zaman UMNO berkuasa.

Hamid dipanggil untuk kembali berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM.

9. 10 bulan kemudian pada bulan Mac 2019, Hamid dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.


10. Terbaru-baru ini pula, YAB PM telah umum bahawa Hamid bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara setelah Fuzi Harun bersara wajib pada 4 Mei 2019 nanti.

Namun, perjalanan beliau akan berliku dan dipenuhi cabaran kerana ada pihak yang mula gentar. Macam-macam alasan dan tohmahan dlemparkan. Siapa mereka-mereka yang getar lutut, faham-fahamlah.


Negara ini pada ketika ini, memerlukan pemimpin-pemimpin yang tidak gentar dengan kemungkaran. Kita memerlukan penjawat-penjawat awam yang jujur, amanah dan berintegriti di peringkat tertinggi.

Ketaatsetiaan DS Abdul Hamid Bador kepada rakyat dan negara telah teruji dan diuji. Kesanggupan beliau berhadapan risiko besar, ancaman nyawa, penganiayaan dan tohmahan harus kita sanjung dan hargai.

Kita doakan yang terbaik untuk DS Abdul Hamid Bador dan yakin bahawa Tuhan akan sentiasa berada di pihak yang benar.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.