Loading...
TR

'Hahaha! We could destroy Malaysia in 1 second!' - Netizen kecam kenyataan bongkak FB Jews News


Sebuah laman Facebook berita Israel, Jews News, dengan sengaja mempersendakan Malaysia dan mengakui bahawa Israel boleh memusnahkan Malaysia dalam satu saat, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Jews News yang berang dengan tindakan Kerajaan Malaysia mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga, menunggu isyrarat dan arahan daripada pihak tertinggi jika diperlukan untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.

“Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung.

“Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor) dan ATM pastinya sudah siap siaga,” kata Hishammuddin memetik laporan dari Sinar Harian Online. 


Pengendali laman Facebook Jews News kemudian memuat naik kapsyen tersebut, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia lalu menyerang laman berkenaan. 

"Nak musnahkan Malaysia dalam satu saat? Nak lawan dengan kanak-kanak Palestin pun korang kena bawa tentera dan kereta kebal." - Izham Mustafa

"Korang boleh musnahkan Malaysia dalam satu saat tapi tak mampu nak musnahkan Al-Qassam Brigade dan masih tewas dalam peperangan dengan mereka lebih dari 50 tahun? Hahaha! Pengecut!" - Matt Zaem

"This is a really funny statement. You know what our Prime Minister saya to you? Kepala bapak kau!" - Muhsin Latheef

"Pobondo ekau merepek ni jinkalewa? Ekau ingat ekau handa bona ko? Meh sini den loga palo ekau kek bucu umah melintang pulau sobang tu. Ekau tak tau ko den kek sini pun ado dobleh suku ko tau. Hekeleh." Muhammad Nazri Deris




Sementara itu, beberapa netizen yang bukan berasal dari Malaysia juga mengecam kenyataan bongkak pengendali laman berkenaan.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.