Loading...
TR

'Takde orang nak bagi kerja, tangan semua bengkak, kaki pun pecah-pecah' - Bapa usaha cari kerja demi sara keluarga tapi...


Kehidupannya tidak seperti insan-insan lain yang mampu hidup dengan selesa, tetapi itu tidak dijadikannya sebagai alasan untuk lelaki ini menagih simpati dari orang ramai. Erti susah juga tidak membuatkan pendidikan anak-anaknya terabai. Penyakit kulit yang dihidapinya membuatkan dia tidak diterima bekerja di mana-mana tempat. 

Difahamkan, lelaki ini hanya mencari kotak-kotak dan barangan lusuh untuk menampung keperluan hidup. Kisahnya viral di media sosial selepas dikongsikan oleh wanita yang prihatin dengan nasib lelaki ini dan meminta insan-insan yang prihatin sepertinya tampil membantu mereka sekeluarga. 

TADI keluar ke bandar Dungun, Terengganu, ternampak saudara ni berjalan dengan sangat lemah diikuti seorang budak lelaki. Budak tu kelihatan happy je cuma saudara tu memang lemah sangat cara berjalannya.

Bulan lepas dah nampak mereka ni kat kawasan ini. Ingat nak kejar mereka nak bagi sikit duit, tapi duit kat tangan ada RM50 saja nak buat beli sabun kat Watson. So saya pergi shopping dulu dan selepas itu keluar, saya jalan ikut arah mereka berjalan tadi sampai ke 7 Eleven tapi tak jumpa. Takde rezeki nak bantu mereka. 

Pusing balik semula ke Watson tempat di mana kereta ditinggalkan. Kami lalu jalan lain, manalah tahu kalau dapat berjumpa dengan mereka lagi, tetapi tetap tak jumpa. Rasa ralat juga tak berhenti awal-awal tadi dan minta mereka tunggu. 

Masuk kereta kami nak balik, Alhamdulillah ternampak mereka dekat Happy Home. Saya terus memberhentikan kereta dan bertanya.


Katy: Abang, abang sakit ke?

Saudara: Ya, sakit badang. (kulit)

Katy: Abang minta duit ke?

Saudaara: Ya kak, takde orang nak bagi kerja. Tangan semua bengkak-bengkak, kaki pun pecah-pecah. Sakit keturunan kak. Saya kena masa umur 17 tahun.

Katy: Anak ni mak dia ada lagi tak?

Saudara: Ada, kat rumah jaga anak kecil.


Katy: Abang ada berapa orang anak?

Saudara: 4 orang.

Katy: Bila abang nak balik?

Saudara: Bila dapat duit cukup kami balik.

Katy: Adik ni sekolah tak?

Saudara: Sekolah, tak boleh tak sekolah.

Katy: Baguslah bang, kena sekolah. Insha Allah nanti abang doa banyak-banyak semoga Allah sembuhkan abang dan tak bagi kena kat anak-anak. Boleh saya minta izin ambil gambar abang dan anak-anak. Nanti saya bagitahu kawan-kawan saya.

Saudara: Boleh

Katy: Abang ada nombor akaun?

Saudara: Takde, isteri je ada. Tapi tak ingat.

Kalau anda terserempak dengan abang ini, dia tidak meminta-minta. Dia hanya berjalan-jalan dengan anaknya. Jadi, nak kata dia meminta sedekah itu, saya tak pernah nampak.

Saya kongsi kisah ini di sini untuk memohon kawan-kawan yang ternampak mereka dua beranak jalan-jalan kat Sura Gate, berilah sumbangan ikhlas untuk mereka. Bukan abang itu tak nak kerja, kalau dia nak kerja pun siapa yang nak ambil dia kerja dengan keadaan seperti itu?

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat abang ini dan keluarga, semoga asbab berkat Al-Fatihah dari anda semoga Allah sembuhkan sakit beliau dan lindungi anak-anaknya dari terkena penyakit yang sama.

Saya tutup muka mereka kerana percaya dari susuk badan mereka anda dah boleh mengenali mereka sekiranya anda ternampak mereka di mana-mana. 

Sumber: Hayati Husni

About Cite Malaya

Powered by Blogger.