Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, suspek yang membunuh dua beradik dalam kejadian malam semalam, dipercayai mengalami masalah mental.
Siasatan awal setakat ini mendapati suspek berkemungkinan mengalami masalah mental sehingga sanggup bertindak menyerang dua beradik terbabit. Namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurut beliau, suspek berusia 49 tahun itu sememangnya mengenali bapa mangsa, malah mereka juga tinggal berhampiran.
"Suspek yang ditahan masih belum memberi kerjasama mengapa dia bertindak seperti itu. Kita juga sedang menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya ketika ditemui do lokasi kejadian petang tadi.
Difahamkan, suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, sudah bercerai dua tahun lalu.
Ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek dan pihak polis kini sedang menunggu keputusan ujian saringan tersebut.
Dua parang yang digunakan suspek juga ditemui di atas jalan dan sebilah lagi ditemui di dalam rumah suspek.
Faridalthrash menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung motif kejadian kononnya kejadian itu berkaitan dengan hutang atau sebagainya. Sebaliknya beri ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
BERITA BERKAITAN: