Loading...
TR

Kecewa pertunangan dibatalkan, lelaki tembak kepala kekasih sebelum tembak kepalanya sendiri


Misteri kematian pasangan kekasih muda ini terjawab selepas polis menjalankan siasatan mendalam dan mengesahkan pasangan berkenaan sememangnya sudah berniat untuk membunuh diri. 

Berdasarkan siasatan, Hasyim Prasetyo, 33, dipercayai terlebih dahulu membunuh kekasihnya, Devi Istiana, 23, sebelum membunuh dirinya sendiri. 

Ketua Polis Asahan, Faisal Napitupulu, berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian dan keterangan dari saksi serta bahan-bahan bukti yang ditemui, Hasyim menembak kepala Devi di bahagian belakang, lalu menembak kepalanya sendiri. 

"Senjata yang digunakan Hasyim untuk menembak Devi adan dirinya adalah senjata api yang menggunakan peluru 5.56 milimeter. 

"Devi ditembak dari jarak dekat sehingga tembus mata sebelah kiri. Hasyim menembak kepalanya sendiri di bahagian tulang alis depan," jelas Faisal. 

Menurutnya, motif pembunuhan itu terungkap berdasarkan hasil perbualan WhatsApp antara Hasyim dan Devi. Dalam perbualan itu, Hasyim kecewa pertunangannya dengan Devi dibatalkan. 

Difahamkan, pasangan itu telah bertunang tetapi pada saat akhir, pertunangan itu dibatalkan oleh keluarga pihak perempuan. 

"Hasyim yang kecewa kemudian mengajak Devi menginap di hotel pada 6 Januari 2019. Ada kemungkinan Hasyim sudah merancang untuk membunuh Devi dan kemudian membunuh dirinya. 

"Penemuan sebilah pisau dalam beg milik Hasyim menguatkan lagi sangkaan itu yang dipercayai akan digunakan oleh Hasyim sekiranya dia gagal membunuh Devi dengan senjata api," katanya. 

Bahan-bahan bukti yang ditemui di lokasi kejadian adalah sepucuk pistol, dua butir peluru, dua telefon bimbit, beg sandang, sebilah pisau, dua buah motosikal serta pakaian dan barang-barang lain milik pasangan berkenaan. 

Mayat pasangan itu ditemui oleh kakitangan hotel dalam bilik Hotel Central, Kabupaten ASahan, kelmarin, yang mahu bertanya apakah mereka mahu melanjutkan tempoh sewaan bilik. 

Pertanyaan itu bagaimanapun tidak dijawab, lalu kakitangan berkenaan membuka pintu dengan kunci pendua dan melihat kedua-duanya tidak berpakaian dan berlumuran darah. 

Selain itu, polis turut menemui kesan iar mani pada tubuh Devi yang hanya memakai bra dna seluar dalam.

Polis juga mengesahkan tiada individu lain yang terlibat dalam kes tersebut dan menganggap kes itu sudah berjaya diselesaikan. 

Sumber: Tribun News

About Cite Malaya

Powered by Blogger.