Lelaki yang disyaki pedofilia lumpuh selepas melompat keluar dari tingkap ketika cuba melarikan diri dari polis.
Suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan polis di Moscow kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun.
Difahamkan sebelum kejadian itu, polis baru sahaja membuka garinya. Namun suspek secara tiba-tiba bertindak melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap di tingkat tiga bangunan yang menyebabkan tulang belakangnya patah selepas terjatuh ke tingkat bawah.
Suspek yang merupakan pendatang dari Kyrgyzstan kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Daily Mail