Loading...
TR

Kesan tampar di pipi anak boleh hilang, tetapi kesannya pada emosi mungkin berkekalan sampai dewasa


Kadangkala kita berasa pelik bagaimana anak-anak yang masih kecil sudah pandai berkelakuan seperti seorang dewasa. Sudah pastinya kelakuan tersebut kerana terikut-ikut dengan perwatakan ibu dan bapanya. Sebab itu dikatakan jika mahu melihat anak-anak yang berpewatakan baik, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dan perhatian.

Seorang pemuda berkongsikan kisah anaknya yang baru berusia 8 bulan ditampar dengan seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun. Dia tidak menyalahkan kanak-kanak sekecil itu, tetapi peranan bapa kanak-kanak tersebut dipersoalkan. 

Baginya kesan tamparan pada anaknya lama kelamaan akan hilang, tetapi tamparan emosi pada kanak-kanak tersebut akan berterusan sehingga dewasa. Tidak salah ujarnya untuk mengajar kanak-kanak sedari kecil untuk meminta maaf.

BUDAK ni baru berhenti menangis selepas kena tampar. Kesian Aish Rizqi, baru 8 bulan dah kena tampar dengan budak 2 tahun masa main kat McDonald playground semalam. Tapi sebenarnya saya lebih kasihan pada budak yang menampar Aish Rizqi tu. Sebab budak itu dizalimi oleh ayahnya sendiri! 

Kesan tampar di pipi Aish itu tak adalah teruk sangat, tak ada kesan pun tapi lebam di mental dan emosi budak tersebut tersangatlah teruk.

Ayahnya zalim sebab tak ajar dengan betul. Selepas menampar anak orang, ayahnya tak ajar untuk minta maaf. Terus berlalu pergi tanpa cakap sepatah pun. Sepatutnya diajar anak itu meminta maaf atau sekurangnya pujuklah Aish Rizqi yang dah menangis tanda kesal atas perbuatan dia. Satu kesilapan besar tak ajar anak jadi bertanggungjawab sejak kecil. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Silap besar!

Anak dah buat salah kena marah pula dengan ayahnya. Padahal anak itu tak sengaja pun, mungkin terlalu excited bermain sampai tertampar. Baru dua tahun kot! Marah tak buat anak rasa kesal dengan kesilapan yang dia telah buat, malah ia membuatkan anak semakin degil dan kebarangkalian mengulangi kesilapan sama adalah sangat tinggi.

Paling teruk ialah ayahnya hukum anak dengan memukul tangan yang menampar tadi. Patutlah anak itu laju saja tangan menampar Aish sebab ayahnya sendiri tangan laju memukul. Anak tak akan pandai memukul kalau tak ada orang yang ajar dia memukul di rumah. Ingat itu!

Kesan tampar di pipi Aish Rizqi itu merah sekejap saja dan selepas itu hilang. Tetapi kesan tamparan emosi pada budak dua tahun itu mungkin berkekalan sampai dewasa. Kesian budak itu.

Memang, bila nak meminta maaf itu kadang-kadang rasa malu tapi sebenarnya perkara yang memalukan pada awalnya itulah yang akan membantu anak kita membesar jadi seorang yang bertanggungjawab dan jadi seorang pemimpin di masa akan datang.

Ajar anak meminta maaf itu lebih mulia dari ajar anak guna kekerasan untuk selesai masalah.

p/s : Tolong kongsikan pada semua ayah di luar sana tentang perkara ini sebab masih ramai yang tak tahu tentang besarnya kesan tak ajar anak meminta maaf sejak kecil. Sebab itu saya selalu kongsi ilmu parenting dalam Telegram supaya kita semua dapat jadi ayah yang baik untuk anak-anak.
Klik link ini untuk join Telegram saya, t.me/CoretanFhais.

Sumber: Mohd Fhais

About Cite Malaya

Powered by Blogger.