Loading...
TR

'Kenapa kau makan buah mangga aku?!' - Anak tetak tangan bapa


Tergamak seorang anak menetak tangan bapanya hanya kerana warga emas itu makan buah mangganya tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. 

Dalam kejadian Isnin lalu di rumah di Kecamatan Marbo, Kabupaten Takalar, Indonesia, mangsa, Caceng Dg Limpo, 60, teringin makan buah mangga dan teringat anaknya, Naing Dg Sarro, 26, ada menyimpan buah mangga. 

Mangsa yang bekerja sebagai petani itu kemudian mencari buah mangga yang disimpan anaknya dan selepas ditemui, dikupasnya kulit dan dinikmati isi manis buah tersebut. 

Suspek yang mengetahui buah mangganya telah diambil oleh mangsa, suspek berang lalu mengambil parang dan bertanya kepada bapanya, 

"Kenapa kau makan buah mangga aku?!" 

Tanpa sempat mangsa membalas pertanyaan itu, suspek terus menghayun parang itu pada bapa kandungnya sehingga terkena pada pergelangan tangan kanan dan nyaris putus. 

Ketua Polis Takalar, AKBP Gany Alamsyah berkata, suspek menetak tangan kanan mangsa satu kali menyebabkan kecederaan serius dan mengalami pendarahan teruk. 

Seorang saksi yang ternampak kejadian itu terus segera membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

"Menurut keterangan suspek, dia bertindak sedemikian kerana mangsa mengambil buah mangga miliknya sebanyak satu biji, yang disimpan. 

"Berang buahnya diambil tanpa izin, suspek marah dan terus menyerang bapanya dengan parang," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.