Loading...
TR

Gaji penjawat awam akan dibayar 2 kali sebulan?


Sebuah portal berita melaporkan gaji penjawat awam dijangka akan mengamalkan langkah pembayaran gaji dua kali sebulan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurut portal tersebut, langkah itu perlu bagi membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan dari kenaikan bahan api yang semakin meningkat. 

Berdasarkan gambar slide yang tertera 'Kementerian Kewangan' itu menunjukkan ada enam perkara yang dinyatakan iaitu: 
  1. Gaji bersih akan dikira seperti pengiraan pada masa ini iaitu dengan menolak segala potongan dari jumlah gaji dan elaun-elaun.
  2. Gaji bersih akan dibahagi dua. 
  3. Separuh daripadanya akan dibayar pada pertengahan bulan; dan 
  4. Separuh lagi akan dibayar pada penghujung bulan. 
  5. Slip gaji masih dikeluarkan sekali sebulan iaitu pada pembayaran pertama gaji pada bulan berkenaan.
  6. Pembayaran gaji dua kali sebulan ini tidak termasuk pembayaran Pencen Perkhidmatan, Elaun Pencen Tua dan Elaun Gelaran. 

Difahamkan, bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mencadangkan kaedah tersebut dan sepatutnya dilaksanakan pada Ogos 2008. Bagaimanapun, cadangan itu dibantah oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). 

Kaedah pembayaran gaji dua kali sebulan ini banyak diamalkan di sektor awam, ini bagi mengelakkan kakitangan berhenti kerja secara tiba-tiba tanpa memberikan notis sebulan. 

Sementara itu di media sosial, netizen (penjawat awam) menolak cadangan kaedah pembayaran tersebut yang dianggap tidak membantu seperti yang didakwa. Sebaliknya akan mendatangkan lebih banyak masalah. 

"Kasihanlah kepada yang bergaji setakat RM1,000+ itu. Bayar hutang dan komitmen saja, agaknya tinggal negatif kalau dapat bayaran gaji separuh. Bagi sajalah hak mereka dan pandailah mereka nak susun macam mana. Benda tak ada isu nak disibukkan," kata Phanna Hasim. 

"Kalau gaji sebulan RM5,000 tak apalah. Ini dapat gaji ciput bahagi dua, mampus! Memang tak sesuai nak dilaksanakan pun. Dengan kos yang kian meningkat," kata Fiz Ismail. 

"Mengarut betul. Nak bayar ansuran kereta macam mana? Sewa rumah macam mana? Segala bil-bil yang lain lagi. Ingat semua itu boleh bayar separuh-separuh ke?" Rahimah Mohd Noor. 

"Semakin ramai yang akan menggunakan kad kredit sebab cash tak cukup dalam tangan. Dapat gaji, bayar itu ini dah defisit beb. Adoii!" kata Lynn Izanza. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.