Loading...
TC

Malaysia Tersenarai Negara Paling Bahagia Di Dunia – Kajian

Malaysia kini menduduki tempat ke-empat sebagai negara paling bahagia di Asia dan ke-42 paling bahagia daripada 155 negara di dunia.

Memetik 2017 World Happiness Report, Malaysia naik lima anak tangga daripada tempat ke-47 dalam laporan tahun lepas.

Singapura, yang diletakkan sebagai negara paling bahagia di Asia, jatuh dari tempat ke-22 ke tempat ke-26 dalam laporan keseluruhan tahun ini.

Negara yang mencatat peningkatan kedudukan ialah Thailand (dari tempat ke-33 ke tempat ke-32), Taiwan (dari 42 ke 33) dan Vietnam (dari 96 ke 94).

Pada tahun ini, Norway mengambil alih kedudukan sebagai negara paling bahagia di dunia daripada Denmark, yang jatuh ke tempat kedua, diikuti Iceland dan Switzerland.

Laporan yang dikeluarkan Sustainable Development Solutions Network itu untuk Pertubuhan Bangsa Bersatu adalah berasaskan beberapa faktor, termasuk kekuatan ekonomi (diukur mengikut per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar), impak sosial, jangka hayat, kebebasan membuat pilihan, kemurahan hati dan tanggapan tentang rasuah.

Negara diberi ranking dengan menggunakan data purata tiga tahun yang dikumpul, dengan laporan terbarunya meliputi tempoh 2014-2016, melibatkan kira-kira 3,000 responden dari setiap negara yang diminta memberi penarafan mereka tentang penilaian mengenai kehidupan.

The post Malaysia Tersenarai Negara Paling Bahagia Di Dunia – Kajian appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.