Loading...
TC

Apple Perkenal iPhone 7 Warna Merah

Sebagai tanda sokongan kempen kesedaran AIDS, syarikat gergasi Apple telah mengumumkan kerjasama antara Apple dan inisiatif kesedaran AIDS (RED).

“Perkenalkan iPhone edisi khusus dalam warna merah melambangkan penawaran produk terbaik kami untuk kerjasama dengan (RED),” kata CEO Apple Tim Cook dalam satu kenyataan media.

Sebahagian hasil jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ini juga bakal disumbangkan kepada RED.

Bagi yang berminat, model telefon bimbit dengan 128GB dan 256GB ini boleh didapati di online di Apple.com dan di cawangan-cawangan Apple di seluruh dunia bermula harga AS$749 (RM3,319) mulai 24 Mac ini.

Sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan iPhone 7 berwarna hitam, ‘jet black’, perak, emas, dan ‘rose gold’ .

The post Apple Perkenal iPhone 7 Warna Merah appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.