Warga maya dikejutkan lagi dengan kes penyondol rumah tangga (open source) dan kali ini dikatakan melibatkan seorang gadis remaja berusia 19 tahun berkahwin secara rahsia dengan lelaki bergelar 'Dato'.
Pendedahan itu dibuat oleh pempengaruh media sosial, Qiela, menerusi hantaran di Instagram dan Twitternya semalam, yang mendakwa suaminya berkahwin isteri kedua tanpa pengetahuannya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Qiela mengakui dia trauma dan patah hati apabila dimaklumkan perkara itu, apatah lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata yang kini berusia tujuh bulan dan sedang menjalani tempoh berpantang.
"Memang sekarang trend penyondol suami orang ye? Lelaki bujang dah pupus ke dalam dunia ini? Kita tengah dalam pantang (selepas) bersalin, (suami) boleh curang. Ya Allah. Patahnya hati seorang isteri bila dapat tahu, dengan nak membesarkan anak. Berilah aku kekuatan.
"Saya trauma.. perempuan itu berusia 19 tahun.. tak ada perasaan simpati ke terhadap wanita lain? Bayi saya baru berusia tujuh bulan tau.
Everytime you keluar rumah ayat you bagi "i keluar kerja, doa baik baik, moga ada rezeki" but never taught you are cheating and having fun with someone else. While i dkt rumah uruskan anak tanpa bantuan suami di sisi 🥹 pic.twitter.com/xCp4yUPBAe
— 𝒬𝒾𝑒𝓁𝒶 ☁ (@omgitsqielaa) May 1, 2023
"Setiap kali you (suami) keluar rumah, ayat you bagi "I keluar kerja, doa baik-baik. Moga ada rezeki". Tetapi I tak sangka you curang dan berseronok dengan perempuan lain ketika I di rumah uruskan anak tanpa bantuan suami di sisi," katanya.
Menurut Qiela, dia pernah menerima beberapa mesej daripada individu yang tidak dikenali memaklumkan perbuatan suaminya itu. Malah individu itu turut berkongsi gambar perkahwinan suaminya dengan 'madunya'.
Lebih mengejutkan, Qiela menerima mesej daripada madunya yang memberi penjelasan panjang lebar mengenai apa yang berlaku.
"...saya memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya ingin membuat pengakuan yang saya memang dah kahwin dengan DF (suami Qiela).
"Sumpah atas nama Allah, saya tiada niat nak ambil DF daripada akak. DF datang jumpa keluarga saya, dia cakap nak halalkan saya. Tipulah akak saya tak nak beritahu akak pada mulanya. Tetapi DF kata itu masalah dia, biar dia yang selesaikan dengan akak.
"Saya tak pernah impikan nak kahwin dengan suami orang. Saya cuba paksa diri saya untuk terima yang ini adalah jodoh saya. Sepanjang DF kahwin dengan saya, dia jumpa saya pun jarang-jarang. Apatah lagi tidur di rumah saya. Kalau dia jumpa saya pun, dia cepat-cepat nak balik sebab ingat akak dengan anak di rumah.
"Bagi saya itu bukan penghalang sebab saya kena terima, sebab saya kahwin dengan suami orang. Jadi segala hal saya tak boleh lebih, semua keputusan saya hanya mampu ikut sahaja apa kata DF sebab akak isteri pertama.
"Saya tak nak gaduh dengan akak, saya nak berbaik dengan akak. Akak jangan risau, saya takkan melebihi batas untuk control DF daripada akak. Janji DF tahu menjalankan tanggungjawab dia dengan adil.
"Saya harap akak dapat terima saya. Saya tak nak gaduh-gaduh kak. Saya sayang akak dan saya sayang DF juga," kata isteri kedua berkenaan.
Namun menerusi kenyataan Qiela dilihat enggan menerima wanita itu sebagai madunya.
"Terima kasih kerana menghancurkan kebahagiaan dan hati saya. Dalam masa saya tengah berpantang, you boleh melayan suami I. I tahu bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
"I tak tahu apa yang bermain di fikiran awak sampai boleh berkahwin dengan suami saya tanpa pengetahuan, dengan I ni masih ada anak kecil.
"What goes around will comes around. Bina kebahagiaan atas kesakitan orang lain ni takkan kekal lama. Keep that in your mind," katanya.
"Terima kasih kerana menjadi perempuan yang rendah maruahnya. Hanya kerana kabur dengan duit dan jantan yang mewah."
Sumber: Twitter