Rakan kepada penyanyi Dato' Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi TikTok menjelaskan kepada umum bahawa penyanyi itu sebenarnya tidak mengetahui temubual bersama penyampai berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham itu adalah temubual secara langsung.
"Saya terus menghubungi Dato' Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Dato' tahu ke yang panggilan tadi 'live'?
"Jawapan yang diberikannya, 'Apa live? Aku tak tahu', katanya. Saya tanya lagi, biar betul Dato' tak tahu? 'Tak tahu, aku tengah baring mereka 'call' tanya soalan, aku jawablah macam biasa'.
"Kalau kita pun dalam situasi begini, mungkin kita pun jawab macam sembang biasa dengan kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Dato Hattan, 'Ohh ye ke'," katanya.
Menurut Salimey, mustahil Hattan tidak mengetahui protokol semasa ditemubual secara langsung dan adalah tidak adil untuk menyalahkan Hattan sahaja kerana penyanyi itu tidak diminat untuk ditemubual dalam siaran berita Astro Awani.
Sebaliknya, penerbit berita berkenaan seharusnya bersedia dengan soalan dan jawapan ang diberi kepada panel dan penyampai berita berkenaan.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah meminta perbuatan mengaibkan wartawan sama ada oleh orang luar, arts, ahli politik mahupun menteri perlu dihentikan serta-merta.
Malah, NUJ menggesa Hattan bertindak lebih profesional dan sekiranya tidak berminat untuk menjawab soalan itu beliau boleh menolaknya dengan cara baik.
Ini kerana, sekiranya perbuatan seperti itu tidak dibendung dari awal, ia akan menyebabkan berlakunya rantaian kejadian yang mendorong individu lain bertindak kurang ajar dengan petugas media.
Sumber: Harian Metro