Permohonan maaf influencer TikTok, View Chin malam tadi mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial di mana kebanyakan mereka menganggap apa yang berlaku pada lelaki itu kini adalah kesan dan akibat dari perbuatan curangnya.
Dalam permohonan maaf View Chin semalam turut memaklumkan rumahnya kini telah kosong, banyak barangan telah dipindahkan. Keadaan bertambah parah apabila pihak rakan niaganya menuntut dia mengembali wang mereka ekoran perniagaannya terjejas teruk.
"Saya ingin memohon maaf, saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya. Rumah saya sudah kosong, semua barang telah dipindahkan.
"Seller dan semua brand barangan tanya tentang posting viral dan menuntut duit mereka dikembalikan.
"Perkara ini telah menyebabkan perniagaan saya langsung tidak dapat dijalankan lagi," katanya yang jelas terkesan dengan apa yang berlaku.
Di ruangan komen, ratusan ucapan 'padan muka' dilemparkan seolah-olah gembira melihat kejatuhan anak muda itu. Ada pula yang berpendapat itulah akibat daripada perbuatannya mengkhianati isteri dan keluarganya sendiri.
"Last-last kena batang hidung sendiri. Isteri teman sehidup ketika susah. Bila dah kaya berlagak lupa diri seperti kacang lupakan kulit. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itu karma namanya," kata Jane Lim.
"Naik kerana perempuan, jatuh pun kerana perempuan. Team Ahmoi hadir!!" kata Azura Bohari.
"Maaf cakap, kalau dah hidup bahagian dengan isteri dan anak, sila hargai dan pertahankan apa yang you sudah ada. Jangan dihancurkan keluarga sendiri hanya kerana kehadiran orang ketiga," kata Fauziah.
"Salah sendiri, cuba tengok setiap sudut rumah, tentu akan terbayangkan gelak ketawa anak-anak riang, berlari, bergurau. Tetapi awak sendiri yang menghancurkan semua itu," kata Jes Tan.
"Have a nice day bro! Sekelip mata you hilang segala-galanya. Masa ini you boleh lihat, siapa kawan sejati you bro. Pepatah Cina ada mengatakan, Lang bo ti lang, kui bo ti kui. Time paling sakit dalam hidup, time kita melihat empayar kita bina telah jatuh disebabkan kesilapan sendiri. Semoga menjadi pengajaran bermakna buat you. Cuma kesiankan staff you. Time nak raya kena pula macam ni," kata Tok Ayie.
Sementara itu, Shermine melalui instastorynya memaklumkan dia berasa lega dapat bertemu dengan peguam semalam untuk menangani kes yang sedang dihadapinya itu.
"Lepas jumpa lawyer hari ni, finally I can have a good sleep. Anak-anak dengan I semua okay dan jangan risau. Ahmoi will be happy as always after this," katanya yang yakin ada sinar di hujung kegelapan.
Sumber: Facebook View Chin, IG Shermine