Loading...
TR

'Dah berapa lama kau ditauliahkan?!' - 2 sami Buddha bergaduh berebut kerusi di majlis pengebumian



Sebuah majlis pengebumian yang dilakukan di wilayah Surin, Thailand pada Jumaat lalu terganggu disebabkan dua sami Buddha bergaduh berebut tempat duduk. 


"Saya duduk di kerusi barisan hadapan, tak pasti apa punca pergaduhan itu. 


Ahli keluarga si mati terpaksa campur tangan dan menghenti pergaduhan mereka," kata pemangku ketua wat berkenaan, Phra Toi Kan. 


Salah seorang sami, Phra Ongart, yang terbabit dalam pergaduhan itu berkata, keluarga si mati sebelum itu telah menyediakan kerusi untuk sami dalam dua baris. 


Seorang sami lain kemudian mengarahkan Phra duduk di kerusi barisan hadapan memandangkan tiga kerusi lain di bahagian belakang telah diduduki oleh sami lain. 


Ketika hendak melabuhkan bunggung pada kerusi itu, tiba-tiba seorang sami yang tidak berpuas hati bertanya kepadanya, "Sudah berapa lama anda ditauliahkan (menjadi sami)?" sebelum menyerang Phra dengan ganas di hadapan khalayak ramai.


Phra yang berbadan kecil tidak mampu melawan sami 'senior' itu kerana saiz badannya yang lebih besar menyebabkan dia ditumbuk beberapa kali. 


Mangsa juga hampir dihempas dengan kerusi tetapi sempat dihalang oleh keluarga si mati. 


Ekoran kejadian itu, sami senior terbabit telah dihukum dan dilucutkan pentauliahannya sebagai sami dan kembali menjadi orang awam.


Melakukan keganasan fizikal adalah perbuatan yang dilarang untuk sami Buddha. Jubah berwarna kuning kunyit yang dipakai oleh sami Buddha dianggap sebagai contoh kepada masyarakat untuk mencontohi tauladan yang ditunjukkan. 


Sumber: Thaiger, Kosmo! Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.