Media dari negara China baru-baru ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun menunggang basikalnya seorang diri sejauh 130 kilometer dalam masa kurang dari 24 jam. Kanak-kanak lelaki ini dikatakan tekad mengayuh seorang diri ke rumah neneknya setelah bertengkar dengan ibunya.
Menurut laporan Oddity Central, semasa bertengkar, kanak-kanak lelaki yang berasal dari Hangzhou, Provinsi Zhejiang China sebenarnyaya sudah memberitahu ibunya dia akan ke rumah neneknya di Mejiang namun begitu, ibunya tidak mempercayainya kerana memikirkan jarak yang terlalu jauh iaitu kira-kira 140 kilometer antara rumah mereka dan neneknya.
Namun, siapa sangka kanak-kanak ini sudah mengayuh basikla sekitar 22 jam, siang dan malam di jalan raya dan juga lebuh raya yang sibuk demi mencapai tekadnya. Dia mula berhenti ketika sudah tersangat penat, tetapi apa yang mengagumkan ketika itu dia sudah menempuh perjalanan sejauh 130 kilometer.
Pada petang 2 April, orang ramai yang kebetulan melalui kawasan terowong lebuh raya, menyedari keberadaan kanak-kanak lelaki tu yang dilihat bersendirian dan penat. Mereka mula menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketika pihak polis menyoal siasat kanak-kanak ini, mereka terkejut apabila diberitahu kanak-kanak ini dia telah mengayuh basikal tanpa henti dari Hangzhou menuju ke rumah neneknya. Pihak polis akhirnya membawa kanak-kanak ini ke balai polis.
Jurucakap polis memberitahu wartawan bahawa kanak-kanak lelaki itu hanya melihat papan tanda jalan raya sebagai panduan dan menyebabkan dia sesat beberapa kali semasa dalam perjalanan.
Walaupun dua kali tersesat, dalam tak sedar perjalanannya hanya berbaki sekitar satu jam lagi untuk sampai ke rumah neneknya. Kanak-kanak ini juga dilaporkan hanya bertahan dengan roti dan air yang diambilnya sebelum meninggalkan rumah.
Kedua ibu bapa dan neneknya datang menjemputnya dari balai polis. Ibunya lega dengan penemuan anaknya dan mengatakan bahawa dia hanya menganggap ancamannya untuk pergi ke neneknya hanyalah sebagai satu protes kepada ibunya.