Influencer TikTok, View Chin, 33, baru sebentar tadi memuat naik dokumen mahkamah yang menyatakan hak penjagaan ketiga-tiga anak perempuannya telah diberi kepadanya, bukan kepada bekas isteri, Shermine Hau.
Walaupun sudah bercerai, View Chin tidak pernah sama sekali mengehadkan masa untuk Shermine berjumpa dengan anak-anak mereka.
"Ramai yang bertanya mengenai surat cerai saya. Di sini telah ditulis bahawa hak penjagaan terhadap ketiga-tiga anak telah diberikan kepada saya.
"Saya tidak pernah menghalang dia untuk berjumpa dengan anak-anak. Malah sebelum bercerai pun, kami telah mencapai kata sepakat.
"Tetapi sekarang sudah enam hari anak-anak tiada bersama dengan saya. Saya tidak bersuara sebab saya tak suka hal peribadi dicanangkan di media sosial. Biar pihak mahkamah yang mengambil tindakan terhadap permasalahan ini," katanya.
Dalam pada itu, View Chin turut berterima kasih kepada mereka yang telah memberi nasihat dan pandangan kepadanya. Pada masa ini dia hanhya mahu memberi fokus untuk membina semula syarikat dan pasukannya.
"Saya tidak akan tinggalkan team saya sebab mereka perlukan saya untuk bangkit. Saya berjanji akan terus bangun untuk penyokong, pelanggan, pasukan dan syarikat saya.
"Masalah yang timbul telah memberi impak negatif kepada kebanyakan orang. Saya akan membalas budi kepada mereka yang telah memberi nasihat dan berada di sisi saya sepanjang tempoh dugaan ini.
"Terima kasih kepada mereka yang berada di sisi semasa saya jatuh terduduk. Saya akan membalas jasa anda semua tak lama lagi. View Chin tidak akan jatuh selamanya," katanya.
Sumber: View Chin