Isu kenaikan kos sara hidup bukan lagi menjadi isu baharu dalam negara dan isu ini seolah sudah sebati dengan rakyat terutamanya penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar. Namun begitu, masyarakat di luar bandar pula tidak hanya tertumpu dengan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi, malahan mereka berdepan pula dengan pelbagai masalah lain.
Seperti di negeri Kelantan, isu bekalan air tidak pernah selesai. Walaupun pelbagai rungutan yang disuarakan oleh rakyat di negeri itu, sehingga ke hari ini mereka masih menanggung masalah yang sama.
Melihat kepada situasi itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan berkata, sebagai seorang pemerintah dia cukup malu melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di beberapa negeri berkaitan dengan isu air.
“Saya sekarang diamanahkan sebagai Perdana Menteri, malu saya bila saya baca air di Kelantan air warnanya macam air teh susu dan di Sandakan masalah air masih belum selesai.
“Jadi sebab itu kita harus cari jalan dan saya hargai komitmen tuan-tuan yang mahu melihat hal ini dan kerjasama dari Persekutuan dan negeri cuba selesaikan masalah rakyat sebagai keutamaan nombor satu, “ katanya.
PM @anwaribrahim rasa malu bila tengok warna air Kelantan macam teh susu #MalaysiaMADANI #keadilanuntuksemua pic.twitter.com/hVGhVZYWdW
— Jason Yew (@jasonyew) February 28, 2023
Menurut Anwar, isu ini boleh diatasi sekiranya ada kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamanya penjawat awam.
“Dan ini hanya mampu dilakukan dengan baik sekiranya semua penjawat awam itu muafakat, khidmat dengan ikhlas selesaikan masalah rakyat kerana ini adalah amanah. Amanah ini bukan amanah Ketua Menteri atau timbalanny atau Menteri-menteri. Amanah ini amanah kita semua yang diberikan upah melaksanakan tugas.
“Dan saya ingin menggesa supaya tukar peta politik negara, tukar peta ekonomi dan budaya kita dengan penjawat awam sebagai teras dan tunggak membawa perubahan di negara kita,” katanya.
Sumber: Jason Yew