Loading...
TR

Kantoi berkhalwat di hotel, lelaki beri alasan dia hanya ajak kekasih main 'video game bola sepak' jer

Foto: Harian Metro


Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) menahan sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel di daerah Melaka Tengah, pada awal pagi semalam. 


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya menerima maklumat awam (Ahli Rakan Setiaku JAIM) dan risikan pihaknya sendiri telah menjalankan operasi serbuan bermula dari jam 11 malam hingga jam 4 pagi, berjaya menahan tiga pasangan kekasih bersuai 19 hingga 23 tahun. 


"Pasangan berusia 23 tahun yang berasal dari Pahang itu mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu bilik hotel selepas diketuk penguat kuasa JAIM ketika pemeriksaan 2.30 pagi. 


"Ketika disoal siasat, lelaki yang juga mekanik itu mengatakan ingin mengajak pasangannya bermain permainan video bola sepak sebelum kedua-duanya ditahan kerana berkurung dalam bilik hotel hingga menimbulkan syak tanpa ikata perkahwinan sah," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Ahad, 19 Mac 2023.


Sementara itu, satu lagi pasangan yang merupakan penuntut universiti dari Johor mendakwa, mereka datang ke Melaka hanya untuk meraikan harijadi bersama sebelum mendaftar masuk ke hotel.


Kesemua pasangan yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.