Loading...
TR

'Eh tiba nak berbaik tapi still cakap saya pembuli?' - Uqasha Senrose curiga dengan niat Alya yang tiba-tiba nak settle tuduhan membuli



Sejam yang lalu, individu yang mendakwa dirinya dibuli pelakon Uqasha Senrose, semasa di bangku persekolahan, tampil menawarkan diri untuk menyelesaikan isu yang berbangkit. 


Dalam ciapannya itu, Ayla berkata dia yakin Uqasha telah berubah dan bukannya seperti individu yang pernah menyebabkan dia trauma akibat dibuli. 


"I am willing to settle things with Uqasha and put an end to this issue. I have faith that she has changed her ways since then. Show me that you are not the same person that used to cause me so much pain," katanya. 


Alya juga menyedari, ramai yang mengorek semula ciapan lamanya. Namun jelas Ayla, apa yang diciapnya sebelum ini adalah kerana terdesak untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. 


Bagi Ayla, perbuatan membuli tetap tidak boleh diterima dan orang yang tidak pernah dibuli tidak akan faham akan kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab itu. 




Sementara itu, dalam ciapan terkini Uqasha mengatakan banyak ciapan-ciapan lama Ayla telah dipadamkan. Namun pihaknya sempat melakukan siasatan untuk tindakan lanjut. 


Dalam masa sama Uqasha turut mempersoalkan tindakan Ayla yang mahu berbaik dengannya tetapi masih mengatakan dirinya sebagai pembuli.


"Eh tiba nak berbaik tapi still cakap saya pembuli? 


"Lawyer dan polis dah dig in serta siasat semua tweet-tweet dia. Kita tunggu dan lihat. Saya malas nak layan tapi ini marah saya, fitnah yang teruk. 




"Banyak tau tweet dia dah delete. Bagi bukti nanti ya. Konon ambil PMR dekat hospital sebab lupus, stress, atpi tweet itu dia kena lupus tu umur 23 tahun. Bukti yang dia ambik SPM dekat sekolah itu pun ada. Sekolah itu ada semua record, jangan risau," katanya. 


Sumber: Twitter Uqasha Senrosa, Alya

About Cite Malaya

Powered by Blogger.