Loading...
TR

'Ini nak bincang atau nak 'makan'?' - Janda dicekup khalwat dengan teman lelaki di hotel Melaka, konon nak bincang majlis kahwin selama 2 hari



Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) awal pagi tadi mencekup sepasang kekasih yang dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel di Bandar Melaka. 


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya terdahulu membuat risikan setelah mendapat maklumat dan mengerahkan 15 anggota penguatkuasanya membuat serbuan dan pemeriksaan di 12 premis hotel di bandar itu. 


Hasilnya, pasangan berkenaan bersama dengan lima lagi pasangan lain berjaya dicekup dalam operasi yang dilakukan bermula jam 10 malam hingga 4 pagi. 


Ketika disoal siasat, pasangan kekasih itu memberi alasan mereka berbincang mengenai persiapan majlis perkahwinan dan telah menempah penginapan bagi dua malam di hotel tersebut. 


Difahamkan, wanita itu merupakan janda kematian suami, manakala pasangannya pula adalah lelaki bujang. 


Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati kediaman mereka berdua terletak tidak sampai 10 kilometer daripada hotel tersebut. 


Dalam kes lain, sepasang kekasih mengambil masa yang lama untuk membuka pintu (10 minit0 menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa. 


Ketika disoal siasat, si wanita berusia 28 tahun memberi alasan dia terlalu letih dan tidak mampu memandu pulang ke rumah setelah menghadiri majlis kenduri arwah keluarga teman lelakinya. 


Lelaki berusia 24 tahun itu pula memberi alasan dia mahu makan malam bersama dengan teman wanitanya. 


Kesemua pasangan itu gagal mengemukan sebarang dokumen perkahwinan dan telah dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. 


Sumber: Kosmo! Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.