Tular di media sosial video rakaman dashcam pengguna jalan raya yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi melanggar kereta peronda polis (MPV).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 12.18 tengah hari Isnin lalu di Jalan PJS 3/9.
Siasatan pihaknya mendapati, anggota dalam MPV berkenaan sedang menjalankan rondaan cegah jenayah. MPV yang dipandu di lorong kiri itu kemudian membuat pusingan U.
Tindakan pemandu MPV itu menyebabkan kereta Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.
Susulan kejadian itu, pemandu MPV (anggota polis) terbabit telah dikenakan tindakan saman kerana melakukan kecuaian semasa memandu.
Mohamad Fakhrudin menasihatkan semua pengguna tidak melanggar peraturan jalan raya yang boleh membahayakan nyawa dna keselamatan pengguna jalan raya lain.
Sumber: Harian Metro, Nan Manjoi